7 Makna Sebenar Erti Kemerdekaan Malaysia Yang Harus Ada Dalam Diri Anda

Sumber Rujukan : idntimes

Erti Kemerdekaan Malaysia membawa maksud yang cukup besar untuk setiap negara. Bebas daripada penjajah merupakan lambang kedaulatan satu bangsa dan negara yang diperoleh secara pertumpahan darah atau persetujuan atas kertas.

31 Ogos merupakan tarikh kemerdekaan tanah air setiap tahun terutama di Semenanjung Malaysia yang di angkat sebahgai sambutan Hari Kemerdekaan. Adakah kita menganggap tarikh ini hanya dalam memori silam semata-mata? Apakah makna Kemerdekaan yang sebenarnya di mata anda? Adakah anda merasakan yang kita betul-betul merdeka daripada penjajah?

Pelbagai aktiviti yang disambut semasa hari kemerdekaan seperti perakan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka, melawat Muzium Negara, tayangan filem kemerdekaan dan macam-macam lagi . Tetapi di sebalik semua kativiti ini, lebih baik kita memahami maksud kemerdekaan Malaysia sendiri. Bukan sahaja meraikan, makna penting kemerdekaan Malaysia harus juga difahami.Mari kita semak apakah makna sejati kemerdekaan Malaysia yang harus ada dalam diri anda!

1. Kebebasan tidak bermakna akhirnya perjuangan

Sejarah para pejuang kemerdekaan yang membebaskan Malaysia dari penjajah pastinya bukan sesuatu yang harus dipandang ringan. Tenaga, keringat hingga nyawa dipertaruhkan demi tanah air untuk mencapai kemerdekaan. Namun, kita sebagai generasi masa kini tidak boleh hanya duduk menikmati hasil dari para pejuang.

Sebaliknya, kita diamanahkan untuk menjalankan tugas yang lebih sukar untuk mengekalkan dan mempertahankan hasil yang diperoleh oleh para pejuang. Semestinya, anda perlu merenung kembali apa yang telah anda berikan kepada Malaysia tercinta ini.

Sumber : The Coverage

Sumber : The Coverage

2. Peringatan bahawa perjuangan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh pasti akan berhasil

Makna kemerdekaan bukan hanya ucapan kosong yang tidak bermakna. Di dalamnya terdapat sejarah panjang perjuangan yang tidak berkesudahan. Di sini kita sebagai rakyat Malaysia harus diperingatkan bahawa perjuangan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan mendapat hasil yang memuaskan.

Sumber : Utusan Online

3. Momen yang menyatukan negara

Momen kemerdekaan adalah salah satu momen yang menjadikan seluruh rakyat Malaysia bersatu. Dari semenanjung ke Sabah,Sarawak semuannya dengan lantang mengucapkan “Saya Malaysia!”. Di sini dapat disimpulkan bahawa kemerdekaan Malaysia adalah salah satu momen terbaik untuk menghapuskan perselisihan dan membina kesatuan satu sama lain.

Sumber : Kaki Share

4. Kepentingan saling hormat dan menghormati

Makna sebenar kemerdekaan Malaysia adalah saling menghormati dan menghargai. Sama ada sesama rakyat Malaysia atau negara lain. Kita seharusnya meraikan perbezaan yang ada, bukannya mencari titik perbezaan yang menyebabkan tercetusnya kepada keadaan yang tidak menyenangkan seperti pergaduhan dan rusuhan yang langsung tidak membawa sebarang keuntungan.

Malaysia unik dengan pelbagai agama yang  menjadikan negara kita dan kehidupan rakyatnya menarik. Mengetepikan isu-isu yang tidak penting, mengelakkan provokasi, hilangkan prasangka buruk antara satu sama lain, seeloknya raikan kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia supaya kita lebih memahami antara satu sama lain. Tidak lupa juga kepada  pahlawan yang sangat berjasa dalam kemerdekaan Malaysia.

Sumber : Muslim Trend

5. Kemerdekaan Malaysia adalah bukti  bahawa masyarakat Malaysia tidak boleh dipandang rendah

Mungkin perkara ini sering dilupakan oleh rakyat Malaysia. Kita terlalu sibuk dengan hujah-hujah dan perkara-perkara yang sering membuatkan masyarakat kita berasa lebih rendah daripada negara-negara lain. Tetapi tahukah anda, anda yang kemerdekaan Malaysia adalah bukti bahwa masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang hebat.

Walaupun terdapat pelbagai masalah yang melanda negara ini. Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah yakin bahawa rakyat Malaysia adalah masyarakat yang tidak boleh dipandang rendah.

Sumber : Kedah News Dot Com

6. Masa di mana kita semua harus membuang ego masing-masing

Walaupun mudah, membuang ego adalah salah satu sifat yang boleh dikatakan sangat sukar dilakukan. Dalam era kemerdekaan ini, hal-hal  ego peribadi harus dibuang jauh-jauh. Kita mempunyai kehidupan di tanah yang sama, di Malaysia. Kita hidup dalam dunia yang subur dan alami, di Malaysia. Jadi kenapa kita masih membiarkan ego peribadi ada dalam diri kita?

 

Sumber : Wanista

7. Titik di mana perjuangan akan menjadi lebih sukar pada masa akan datang

Kata siapa yang perjuangan kita pada masa kini telah berakhir dalam proses mencapai kemerdekaan. Walaupun kita telah mencapai kemerdekaan daripada penjajah, kemerdekaan sejati telah menanti kita pada masa akan datang.

Kemerdekaan untuk merealisasikan cita-cita sebuah negara yang luhur pastinya bukan tugas yang mudah dalam era globalisasi sekarang. Tetapi percayalah bahawa semua ini dapat dilalui dengan mudah jika semua rakyat Malaysia bersatu tanpa saling menjatuh. Serta pertambahan masyarakat yang kreatif dan produktif tanpa sifat provokatif.

Pada momen kemerdekaan ini, akan lebih baik jika kita tidak hanya merayakannya. Tetapi cuba menyerap makna sebenar kemerdekaan itu sendiri. Siapa kita? Malaysia!

Sumber : The Unspinners Blogspot

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat