Jemaah Masjid Mendoakan Jenazah Ini Pada Setiap Waktu Solat Sehingga 30 Hari Selepas Kematiannya


Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah Surau di klang selangor. Telatah Hussien si orang gila ini buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Patutlah dah lama tidak nampak Husain, rupanya dia telah pergi menggalkan dunia yang fana. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tidak seperti orang biasa atau normal. Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di kapet surau dan dimasukkan kedalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu, dia tidak mahu. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tidak boleh nak kata apa-apa.

Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tidak siap. Sebab apa? Orang bagi berus dia tidak mahu. Dia nak gunakan berus gigi nya. Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap sahaja siap, tidak sampai sejam sudah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.

Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tidak mahu. Dia kata “aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tidak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau”. Subhanallah!

Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas itu letak di lantai. Bila ditanya dia jawab “semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tidak boleh?”.

Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tidak solat. Pernah jemaah tanya, “Husein marilah solat sama?” Dia tempik nya jemaah tu. “Kan ALLAH SWT kata orang gila tidak wajib solat, tidak wajib lah, kau solat la! SubhanALLAH.

Siapa Husein ni sebenarnya? yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu emak tirinya suka mendera, pukul dia. Bapa dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tidak tentu arah. Paling terkejut sekali Husein bebel-bebel. “Mana muazzin ni tidak azan ke dh nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan”. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja. SubhanALLAH saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengrnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein “Pandai kau Azan ye?” jawabnya, “memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tidak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tidak wajibkan aku. Korang pun tidak suka aku, semua duduk jauh-jauh”. Lepas tu dia gelak.

Saat jenazah Husien smpai, ketika dimandikan, tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tidak sanggup, menggigil, menangis dan sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.

ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nmpak dia gila. Tapi hakikatanya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah. Seminggu surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tidak sampai macam itu orang doakan. Bayangkan 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahtraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila. Kita ini terhijab zahir sehingga tidak nampak dalamannya.

Semoga menjadi iktibar buat kita smua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini. ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin. Muhasabah diri sendri dan utk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kepada ALLAH SWT YANG HAQ.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat