“Kau B40 Ke Eksekutif Ke, Tetap Kena Maki !” – Dikatakan Mengajar Tanpa Gaji, Makian Prof Roshanah Dihargai Oleh Bekas Pelajar


Insiden pensyarah maki pelajar B40 sudah menjadi bualan hangat netizen sejak beberapa hari. Kejadian tersebut dilihat cukup menyentuh sensitiviti netizen sehingga perkara ini menjadi tular di beberapa platform media sosial.

Keadaan yang menghimpit ramai orang pada waktu pandemik ini menjadikan netizen cukup sensitif apabila Prof Roshana memetik golongan B40 dalam makiannya.

Selain menyifatkan pensyarah ini tiada empati dan kasar,netizen juga tidak bersetuju dengan sikapnya yang dilihat merendahkan golongan yang kurang berkemampuan.

insiden melibatkn prof roshanah mendapat kecaman netizen

Berikutan kejadian ini,  Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) mengumumkan Profesor Dr Roshana Takim direhatkan daripada tugasan pengajaran mulai 1 April hingga siasatan lengkap dilaksanakan oleh UiTM.

prof roshana direhatkan

Kredit : TV3

Seperti maklumat yang berlegar di media sosial beberapa hari ini, difahamkan bahawa insiden tersebut sudah lama berlaku.

Pensyarah ini sudah bersara dan pelajar tersebut pun telah bergraduasi. Khabarnya, pensyarah tersebut turut berikan laptop dan turut bantu pelajar untuk dapatkan zakat.

prof roshana dikatakan telah bantu pelajar yang dimaki

Kredit : Facebook Dato Rusly Abdollah

Sejak insiden ini timbul, nama Prof Roshana jadi tular di beberapa platform media sosial. Sesetengah netizen juga berpedapat yang beliau tidak layak untuk mengajar di UiTM kerana ‘tidak suka’ dengan golongan B40 padahal sudah menjadi prinsip universiti tersebut untuk penuhi keperluan pendidikan tinggi bagi golongan ini.

prof roshana rikritik netizen

Prof Roshana Mengajar Tanpa Gaji ?

Perkongsian dari Anggun Tg Malim di Facebook mendapat perhatian ramai netizen untuk melihat insiden ini pada sudut pandang berbeza.

Prof Roshana difahamkan mengajar tanpa gaji selepas bersara. Menurut kata beberapa pensyarah, title Khidmat Akademi Setia (KHAS) pada penghujungnya bermaksud pensyarah ini tidak bergaji. Namun, dia masih boleh gunakan title Prof dan guna kemudahan universiti.

Sanggupkah anda kerja tanpa gaji semata-mata untuk lihat anak Melayu berjaya ?

Prof ini juga dikatakan sudah mencapai banyak kejayaan dalam kajian ilmiah bagi bidang kejuruteraan.

prof roshana dapat gelaran khas

Bekas Pelajar Kata Prof Roshana Mulut Laser Tapi Baik Hati

Sejak nama pensyarah ini tular, ramai pula bekas pelajarnya yang tampil menceritakan peribadi profesor ini sambil mengenang kembali kenangan mereka di zaman universiti.

Menurut majoriti bekas pelajar, rata-rata memuji sikap dan komitmen pensyarah ini. Walaupun Prof Roshana mulut laser dan garang, namun hatinya baik.

Kebanyakan pelajar mengatakan kalau kena baling dengan pemadam papan putih dan pen marker itu perkara biasa. Ramai turut mengaku pernah dihalau keluar kerana lambat beberapa minit.

Tidak kiralah alasan apa yang diberikan, pensyarah ini tidak akan berikan peluang kepada pelajar yang lewat untuk sertai kelasnya.

makian prof roshana dihargai

Kredit : Facebook Shaik Shaszari Shaik Sulaiman

“B40 ke, Eksekutif ke, Tetap Kena Marah..”

Selain itu, kata-kata kasar dari profesor ini juga sudah jadi makanan buat bekas pelajar di bangku kuliah dahulu. Kata seorang bekas pelajar Sarjana yang pernah diajar Prof Roshana, kata-kata dari pensyarah ini sememangnya memedihkan telinga.

Walaupun berpangkat Eksekutif ketika itu, pelajar tersebut juga tidak terlepas untuk dimarahi dalam kelas seperti budak sekolah. Namun, makian dan teguran pedas ini cukup bermanfaat untuk membentuk dirinya untuk menjadi lebih kental.

Di sini bolehlah kita lihat yang pensyarah ini tidaklah memilih untuk memarahi pelajar malah semua dipukul rata demi kebaikan mereka sendiri.

Tak kiralah pelajar itu dari golongan B40, orang kaya mahupun berpangkat tinggi, semua tak akan terlepas untuk dimarahi pensyarah ini.

prof roshana maki pelajar sarjana

Kredit : Fcebook Nurziatul Alia Tamarun

Rata-rata bekas pelajar Prof Roshana berpendapat berkat ketegasan pensyarah inilah yang membuatkan mereka jadi orang yang menepati masa, kuat semangat, tahan maki dan berusaha untuk buat yang terbaik di alam pekerjaan.

Kalau dengan pensyarah pun tak tahan kena maki, macam mana kita nak hadapi alam pekerjaan yang penuh pancaroba ?

Kini ramai bekas pelajarnya berhasil menjadi kontraktor, pengurus pembinaan dan jurutera yang berjaya dan cukup terhutang budi kepada Prof Roshana.

Perkongsian daripada beberapa bekas pelajar Prof Roshana dapat menjadi bukti yang peribadi beliau mungkin kasar, namun makian dari pensyarah inilah yang membuatkan mereka lebih kental dan kuat semangat di tempat kerja.

Walaupun cara tegurannya dilihat merendahkan pelajar, namun niatnya baik agar pelajar dapat ikuti kelas dengan lebih berkesan.

Lihat Dari Sudut Positif

Justeru itu, bekas pelajar Prof Roshana turut mengajak netizen untuk melihat insiden ini pada sudut positif. Pelajar perlulah lebih bersedia untuk menuntut ilmu. Walaupun tiada laptop, pelajar tidak boleh cepat berputus asa.

Mereka boleh pergi ke kafe siber untuk sewa perkhidmatan komputer atau dapatkan bantuan atau bekerja secara sambilan untuk dapatkan wang untuk beli laptop. Tambahan pula pada waktu pandemik ini, penggunaan laptop sudah menjadi satu keperluan buat semua pelajar agar tidak keciciran.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat