Peguam Negara Enggan Ulas Kedudukan Beliau Sekarang Ini

Sumber Rujukan : MyMetro

Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mahu mengulas kenyataan yang di keluarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kedudukan beliau sebagai peguam negara, hari ini.

Beliau hanya memberi jawapan ringkas  menerusi aplikasi WhatsApp iaitu “Adalah lebih baik tidak memberi ulasan. Terima Kasih),” katanya.

Pada sidang media petang tadi selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Petaling Jaya, Perdana Menteri menyatakan, Mohamed Apandi akan disiasat mengenai pembabitannya dengan kerajaan terdahulu.

Dr Mahathir berkata, beliau sudah menggantikan Peguam Negara, yang membersihkan segala salah laku Datuk Seri Najib Razak membabitkan skandal 1MDB.

“Kita sudah membuat sekatan terhadap individu tertentu yang didapati terbabit melakukan kesalahan atau membuat keputusan salah.

“Jadi ketika ini kita sudah tidak ada Peguam Negara,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat