Tempat Penyimpanan Emas Terbesar Di Dunia Ada Di Malaysia? Tak Siapa Sangka Ini Lokasi Sebenarnya
Emas merupakan aset yang paling popular dan dikenali juga sebagai aset pelaburan. Kebanyakan para pelabur akan membeli emas dan menjadikannya sebagai pelindung terhadap apa-apa krisis dan kemerosotan ekonomi. Emas memang tidak pernah lapuk. Malah sejak beratus-ratus tahun nilainya bukan semakin susut tetapi semakin bernilai. Sangat menguntungkan bagi sesiapa yang suka menyimpan emas ini. Lebih-lebih lagi yang menyimpan emas lama.
Berkenaan dengan emas ini. Tahukah anda di mana tempat penyimpanan emas terbesar di dunia? Adakah bilik kebal tempat penyimpanan aset bernilai di dunia ini ada di Malaysia? Jawapannya adalah tidak. Mana mungkin Malaysia dijadikan tempat untuk menyimpan kira-kira 497,000 jokong emas.
Tempat penyimpanan emas yang terbesar di dunia adalah di New York. Tempat yang dikenali dengan nama New York Federal Reserve itu digunakan untuk menyimpan emas dari pelbagai negara. Bilik kebal yang dimuatkan dengan emas itu berada kira-kira 24 meter di bawah tanah.
Pelbagai negara telah memindahkan emas mereka ke sana selepas Perang Dunia Kedua. Pemegang akaun yang meletakkan emas mereka disini akan dapat satu ruangan khas. Bilik kebal ini juga menyimpan kira-kira 497,000 jokong emas dan memiliki hampir 122 tempat bagi meletakkan emas.
Kesemua emas tersebut dikatakan bernilai 260 billion dolar atau bersamaan 1.1 Trillion ringit (RM1,134,510,000,000.00). Antara pemegang akuan penyimpanan emas yang terbanyak ialah IMF, Deutsche Bundesbank dan Banca d’ Italia.
Apa yang lebih menarik lagi adalah pekerja di sana perlu memakai kasut keselamatan yang mempunyai besi kerana jokong emas tersebut seberat 13 kilogram. Disebabkan beratnya yang sedemikian rupa ia boleh menyebabkan kaki petugas di sana cedera teruk atau patah.
Bilik kebal yang memiliki bertrillion emas ini dilindungi beberapa lapisan keselamatan yang paling ketat dan dikawal 24 jam. Walaupun bilik kebal ini berada 24 meter di bawah tanah namun ia mampu memberikan oksigen selama 72 jam sekiranya ada orang yang terperangkap di dalam bilik tersebut.