Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Antara penyakit kronik yang sukar untuk di ubati ialah hasad dengki, dimana seseorang itu tidak senang melihat kejayaan yang diperoleh oleh orang lain. Kini daily rakyat membawa satu kisah yang di kongsikan oleh House of Cat tentang pengalaman pahit yang di alami mereka semasa di alam perniagaan. perkongsian ini bukanlah untuk meraih simpati mana-mana pihak. Ianya hanyalah sekadar untuk menjawab pertanyaan pelanggan.
Bagi yang baru mengenali, HOUSE OF CAT, nama ringkas yang barangkali akan di ingati. Pernigaan ini di mulakan pada tahun 2013 atas dasar minat terhadap kucing. Koleksi dan bilangan kucing yang kian semakin bertambah mendorong kami untuk membuka ruang bermain bersama kucing di rumah. itupun atas desakan rakan-rakan terdekat dan sahabat.
Pernah menjadi tetamu di rancangan Nasi Lemak Kopi O, TV9 serta beberapa buah majalah dan akhbar. Sejak itu bilangan pengunjung semakin meningkat termasuklah beberapa orang selecriti yang turut meluangkan masa.
Pada Mei 2016, House Of Cat berpindah secara rasmi ke sebuah premis perniagaan di Seksyen 7 Shah Alam dan beroperasi pada hari Selasa hingga Ahad bermula jam 11 pagi hingga 9 malam. Setakat ini, House Of Cat memiliki hampir 53 ekor kucing daripada 12 jenis baka dari dalam dan luar negara.
Bayaran masuk yang dikenakan sebanyak RM5 untuk seorang pengunjung selama satu jam mendapat sambutan luar biasa. Purata pengunjung dalam tempoh seminggu mencecah 250 orang untuk satu hari. pada hujung minggu dan cuti umum pula pengunjung mencecah 400 orang pada satu hari. Bilangan tersebut meningkat dari semasa ke semasa.
BERMULANYA KEJADIAN ANEH
Tidak lama selepas itu, kami mula diganggu. Pada mulanya, beberapa kali terlihat kelibat aneh yang kerap kali muncul dan melintas di dalam premis. Itupun menjelang malam hari. Gangguan itu berterusan. Kami anggap biasa. Sebagai umat Islam, kami percaya akan kewujudan alam ghaib. Kami menghormati keadaan itu. Barangkali ia juga satu bentuk teguran daripada Allah, untuk kami meningkatkan lagi ibadat kami kepadaNya. Bacaan yassin dan solat hajat dilakukan di kedai setiap minggu.
Semakin hari perniagaan kami semakin merosot. Kami tidak putus asa. Barangkali ada yang kurang dengan perkhidmatan di kedai. Kami duduk berbincang. Kami sediakan borang maklum balas. Kami tanya pelanggan. Semua cakap baik. Semua cakap seronok. Kami pun pelik.
Sehinggalah suatu hari, sedang kami sibuk membersihkan kedai. Rutin biasa setiap malam sebelum tutup kedai, kami akan duduk berbual dengan kucing, mop lantai dan vakum bulu bulu kucing yang berterbangan. Tiba-tiba ada guli bergolek sendiri. Kemudian ia berhenti. Kami perhati lama, dan ia bergerak lagi sendiri. Tapi kami tidak endahkan.
Hari berganti hari, makin banyak kejadian pelik berlaku. Barang yang diletakkan di tempat lain beralih ke tempat lain dengan sendirinya. Muncul bau bau busuk yang entah datang dari mana. Macam bangkai. Sesak nafas. Bunyi aneh tu tak tahu nak cakaplah. Memang setiap hari. Ada beberapa kali juga lampu kedai tiba-tiba terpadam, satu kedai gelap. Sudahlah waktu itu ada pelanggan.
IKHTIAR BERMULA
Setelah beberapa minggu berlalu, kami mula cari ikhtiar. Kami tanya orang berpengalaman. Satu persatu bantuan Allah tiba. Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Angkara sihir mula menampakkan rupa. Kami mula menderita sakit.
Tak kurang hampir setiap minggu staf dirasuk. Buang air kecil berdarah, buang air besar berdarah. Tidur malam di katil, bila bangun sedar dah di depan pintu. Makanan yang baru masak tiba tiba basi.
buang air kecil, tapi air karat yang keluar.
darah pula yang keluar
Kami muntahkan macam macam benda aneh. Rambut, darah, cecair hitam, serpihan kaca. Dan ada juga rawatan sampai berjaya keluarkan beberapa paku reput berkarat. Perit. Kami bermandi air mata. Tidur pun dah tak nyenyak sebab ketakutan. Adapun pelbagai gangguan tiba. Kami berserah kepada Allah. Solat dan doa tiada henti kami lakukan.
muntah gumpalan rambut
ketulan darah keluar masa buang air
paku berkarat yang keluar dari tubuh. Siap ada kain kafan dan kapas jenazah lagi.
syiling lama yang terdapat ukiran seperti 3 bentuk manusia, kebetulan staf House Of Cat ada 3 orang.
ADA YANG MENARIK DIRI
Sepanjang ikhtiar rawatan, beberapa kali kami terpaksa cari bantuan baharu. Ada yang datang satu malam, esoknya beritahu tak dapat tolong lagi, suruh cari yang lain. Ada yang tidak putus asa bantu, tapi akhirnya berhenti juga. Rawatan menampakkan kesan. Tapi itupun cuma bertahan sehari dua. Selepas tiga hari rawatan berjaya, gangguan kembali hebat. Pernah sekali rak buku yang sekian lama kukuh dipenuhi buku agama termasuk yassin secara sendiri tiba-tiba tumbang.
PELANGGAN NAMPAK KEDAI TUTUP SEDANGKAN KAMI BUKA
Beberapa kali kami terima aduan pelanggan marah kedai kami tutup. Sedangkan kami di dalam kedai menunggu pelanggan tiba. Dan ada juga pelanggan yang dah melangkah masuk kedai dan dah bayar pun tiket masuk. Tiba tiba mereka batalkan niat, katanya ada urusan kecemasan dan kami terpaksa pulangkan wang. Kalau sekali tak pelik. Tapi hampir berpuluh kali.
KEJADIAN SEMAKIN ANEH
Lama kami sabar, penyakit di tubuh makin memburuk. Rawatan secara Islam tiadalah pernah putus. Sebut sahaja Pusat Rawatan Islam mana yang tak pernah pergi. Boleh kata semua kami dah kunjungi. Ruqyah berpuluh kali dibacakan. Meraung, melalak, menggelupur. Semua kami dah rasa. Pun begitu Ikhtiar tetap kami teruskan. Pengsan dan rebah tiba tiba seolah olah perkara biasa.
Wang berpuluh ribu habis pun kami tak kisah. Kami tak mahu mengalah. Sayangnya kami dengan House Of Cat. Kami dah tak fikir lagi untung meniaga. Itupun pelanggan masuk minta diskaun kami dah tak tahu nak bagi macam mana. Kami cuma nak kucing terjaga, pelanggan terjaga dan kami semua sihat. Itu sahaja.
Hampir 7 bulan berlalu, kini kami berserah kepada Allah. Sihir di kedai nampaknya makin baik, tubuh ada perubahan. Cuma pelanggan tetap berkurang. Kata mereka, kesan sihir memang membinasakan. Ada yang cakap sihir boleh buat orang jadi gila. Memang pun. Sebab sihir kami hilang kawan, keluarga pun tak sempat nak jenguk. Separuh gila.
salah seekor kucing yang menjadi mangsa sihir. Seekor lagi tidak dapat share sebab ngeri sedikit, menangis pun keluar air mata darah.
janin kucing yang gugur disebabkan angkara sihir
ANGKARA SIAPA?
Tak semua boleh kami kongsi. Biarlah kami dan selebihnya Allah Maha Mengetahui. Siapa pun yang lakukan, dan siapa pun yang terlibat. Kami tetap mendoakan yang terbaik untuk kalian. Moga Allah ampunkan dosa kita semua. Kalau suatu hari kalian nak datang jumpa kami, kami alu-alukan. Kami tak berdendam. Cuma ingatlah, Allah Maha Adil.
- Kain kafan lama
- Kertas dicelup minyak(ustaz cakap mungkin lemak babi sebab kes ini dah pernah jumpa)
- Kain ada tulisan siam seperti mentera
- Gumpalan benang
- Puluhan jarum
- Kain berjahit dengan benang serabut
Bagi sesiapa yang diluar sana, janganlah cakap “inilah Melayu, suka dengki”. Jangan jangan. Berhentilah dengan sentimen begitu.
House of Cat akan dibuka buat kali terakhir pada 20 Mei(sabtu) dan 21 Mei(ahad) ini.