10 Tips Untuk Membeli Barangan Secara Atas Talian


Mesti anda semua suka membeli barangan atas talian kan. Haa! Jom kita ketahui tips untuk membeli barangan secara atas talian.

Membeli secara atas talian memang menguntungkan dan menjimatkan masa. Tetapi anda haruslah pandai mencari laman web yang betul dan mempunyai reputasi yang baik.

Antara tipsnya ialah:

1. Membeli dari laman web yang mempunyai sekuriti

tips untuk membeli barangan

Pastikan laman web syarikat itu dilindungi oleh sekuriti dan selamat untuk digunakan. Barulah selamat untuk anda berkongsi maklumat peribadi dan juga nombor kad kredit anda.

Untuk memastikan laman web itu selamat untuk digunakan, ada dua perkara yang anda harus lakukan. Pertama, alamat laman web tersebut. Jika di alamatnya ada “https:”, maka ia dilindungi oleh sekuriti dan maklumat peribadi anda akan dilindungi. Kedua, simbol kunci yang tertutup, menandakan bahawa laman web tersebut adalah selamat untuk digunakan.

2. Mempunyai kelulusan dari pihak ke-3

tips untuk membeli barangan

Jika laman web syarikat itu mempunyai cop seperti VeriSign, BizRate, The Better Business Bureau (BBB) dan Truste, itu menandakan bahawa syarikat itu boleh dipercayai. Selain itu, mereka juga mempunyai reputasi syarikat atas talian yag baik.

Untuk memastikan logo cop itu adalah betul, jika anda tekan pada cop tersebut ia akan membawa anda terus ke laman web organisasi tersebut. Kalau tidak, mungkin syarikat itu mencuri imej logo tersebut untuk digunakan.

3. Semak ulasan atau rating dari pengguna lain

tips untuk membeli barangan

Ulasan dari pengguna yang telah membeli barangan tersebut adalah penting untuk dilihat. Jadikan ulasan mereka sebagai petunjuk untuk kita, sama ada barangan tersebut elok atau tidak elok untuk anda beli.

Tengok lah ulasan yang baik dan juga yang buruk. Jangan hanya melihat ulasan yang baik sahaja. Tengok kedua-dua ulasan dan lakukan pilihan yang bijak sebagai pengguna. Tidaklah nanti, bila barang dah sampai dan ianya rosak, anda salahkan syarikat penghantaran. Padahal ianya bukan salah mereka.

4. Bandingkan harga

Membuat perbandingan harga adalah penting ketika membeli sesuatu barang. Tidak kira lah sama ada membeli secara atas talian ataupun di kedai. Jika anda melakukan perbandingan harga, anda akan dapat melakukan penjimatan dalam perbelanjaan anda.

Ketika membuat perbandingan harga, nilai sekali kos penghantaran dan juga tawaran yang diberikan.

5. Membuat kajian anda sendiri

Ada di kalangan kita yang terpedaya dengan iklan yang dibuat oleh syarikat tersebut. Padahal barangan tersebut bukanlah keperluan.

Untuk mengelakkan berlakunya pembaziran, ambil sedikit masa dan kaji apa sebenarnya barangan yang anda perlukan dan bajet anda untuk membeli. Dengan itu, anda tidak akan membeli barang yang tidak diperlukan dan bajet anda pun tidak lari.

6. Bayar menggunakan kad kredit

tips untuk membeli barangan

Pembayaran yang selamat ialah dengan menggunakan kad kredit. Dengan menggunakan kad kredit, ia akan meninggalkan rekod bayaran dengan bank dan ianya sentiasa dilindungi daripada sebarang pembayaran yang tidak sah.

Sentiasalah memeriksa penyaa kad kredit anda, agar tiada caj lain yang dikenakan ke atas akaun anda. Cara ini dapat membantu anda untuk mencari kesilapan anda semasa membuat pembelian secara atas talian.

7. Pastikan syarikat jualan itu mudah untuk dihubungi

tips untuk membeli barangan

Pastikan syarikat itu adalah sah. Jika syarikat itu dedahkan lokasi dan alamat mereka, itu bermakna syarikat itu boleh dipercayai.

Jika anda mengutarakan soalan, pastikan soalan tersebut dijawab sepenuhnya. Jika tidak, anda berkemungkinan sedang berinteraksi dengan robot, bukannya orang yang sebenar. Berhati-hati ketika berurusan dengan mereka.

8. Mengkaji semula Dasar Polisi Syarikat

Dasar polisi syarikat ialah dokumen yang menyatakan bagaimana syarikat itu menguruskan maklumat dan data yang mereka terima daripada pelanggan mereka.

Dengan itu, anda sentiasa dinasihatkan untuk menyemak maklumat anda semasa anda melengkapkan maklumat pelanggan. Pastikan anda tidak mendaftar secara automayik ataupun menerima emel dari pihak ketiga, ia berkemungkinan makluma anda akan dicuri.

9. Semak lokasi dan masa penghantaran barang anda

Jangan terlalu gembira jika anda membeli barangan yang murah. Selalunya barangan yang murah ini mungkin dijual dari luar negara. Ia akan memakan masa yang lama untuk sampai kepada anda.

Membeli barang dari luar negara sangat menjimatkan tetapi pengurusan jaminan mungkin akan ada sedikit kesukaran. Pastikan anda akan dapat jaminan jika anda tidak memperolehi barangan tersebut. Sekiranya mereka ada pejabat atau pihak yang menguruskan jaminan barangan mereka di Malaysia, barulah anda disyorkan untuk membeli daripada penjual luar negara ini.

10. Simpan resit pembelian anda dan lakukan pemeriksaan semasa penghantaran barang dibuat

tips untuk membeli barangan

Setelah selesai membuat bayaran, ambil gabar atau cetak bukti pembayaran untuk dijadikan bukti jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Dan apabila barang telah sampai kepada anda, lakukan pemeriksaan terhadap barangan tersebut. Periksa jika ianya betul barang anda dan juga keadaan barang tersebut.

 

Membuat pembelian secara atas talian adalah sangat mudah dan cepat. Tetapi kita sebagai pengguna, haruslah bijak ketika membuat pembelian. Jangan sampai kita tertipu. Dan jangan juga kita membazir dengan membeli barangan yang bukan keperluan. Bezakan antara keperluan dan kehendak. Jadilah pengguna bijak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat