Harga Rumah Di Malaysia Terlalu Tinggi Untuk Di Miliki Oleh Rakyat
Harga rumah di Malaysia berada pada tahap rakyat tidak mampu dimiliki, kata Bank Negara Malaysia (BNM). Menurut piawaian antarabangsa, ‘rumah mampu milik’ ditakrifkan sebagai rumah yang harganya kurang tiga kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan.
Harga rumah di Malaysia kini lima kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan, sekaligus menjadikannya sangat tidak mampu milik.
Bilangan kediaman di Malaysia yang tidak terjual berada pada tahap tertinggi dalam sedekad iaitu 146,497 unit pada suku kedua 2017, meningkat dari 130,690 unit pada suku pertama 2017.
Faktor yang menyumbang kepada situasi rumah kediaman tidak terjual ialah :-
- Pembinaan rumah pada tahun 2014-2016 purata sebanyak 114,000 rumah baru dibina, lebih rendah berbanding dari pembentukan 154,000 isi rumah baru.
- Lebih banyak kediaman baru dibina pada harga tidak mampu milik oleh rakyat di Malaysia.
- Pendapatan rakyat Malaysia yang meningkat agak perlahan berbanding peningkatan harga rumah.