Ayam Masak Gulai Limau Purut – Daily Rakyat

Ayam Masak Gulai Limau Purut


AYAM MASAK GULAI LIMAU PURUT

Bahan
1 ekor ayam sederhana besar
10 biji cili kering (direndam dan dibuang biji)
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah

Ayam Limau Purut
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 keping asam gelugur
2 cawan santan atau 1 cawan susu cair
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu makan campuran jintan kasar dan halus
sedikit garam
sedikit gula ( jika suka)
sedikit perasa ( jika suka)
3-6 helai daun limau purut

SONY DSC

SONY DSC

Cara Penyediaan
1. Ayam di potong 8 atau 12 dan di bersihkan dengan sedikit tepung gandum.
2. Kisar cili kering, bawang, bawang putih, halia, langkuas, serai, kunyit, ketumbar dan jintan dengan sedikit air.
3. Satukan rempah yang di kisar dengan ayam dalam satu periuk.
4. Reneh ayam hingga ayam kecut.
5. Masukkan Santan atau susu cair dan asam gelugur kedalam ayam. Boleh masukkan sedikit air lagi jika ingin kuah lebih.
6. Masak hingga agak pekat sedikit. Sesuai rasa garam dan gulanya.
7. Masukkan daun limau purut. Kacau seketika dan angkat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat