Pok Ya Cong Codei Cerita Orang Gedebey Kelantan

Sumber Rujukan : Axello Mane

Telemovie Pok Ya Cong Codei ni memang korang kena tengok. Sabri Yunus menggarap cerita ini dengan sangat baik walaupun aku harapkan watak Rashdan (Fikri) lebih baik bermaian dalam permainan emosi. Ini kerana cerita ini banyak unsur komedi dan permainan emosi tu dipaksikan pada watak rashdan.

Plot cerita ini bergerak pada Pok Ya yang dilakonkan otai Sabri Yunus. Watak Mustapha Kamal pun tak perlu dikomen lagi. Dia dengan Sabri Yunus memang menjadi terutama sekali ketika babak mereka dalam satu frame. Watak yang sangat jujur, semulajadi dan bersahaja menunjukkan Sabri Yunus berada dalam kelas tersendiri.

Skrip yang mencuit hati dan bahasa yang tidak terlalu dramatik. Dia bukan la gangster yang acah-acah gentleman cakap lembut dengan perempuan. Dalam kasar bahasanya ada sayangnya dia dengan bini dan anak-anak buah dia juga.

Watak Pok Ya adalah definisi gangster otai yang memiliki anak buah dan rakan yang sanggup mati demi beliau kerana dia ada satu sisi yang membuatkan pok ya disayangi. Dia ada prinsip yang kuat dalam hidup dan sentiasa komited dengan tugasan dia. Dia seorang yang amanah dan kalau berjanji dia akan pegang janji.

Beliau berhadapan dengan cabaran di alam teknologi. Whatsapp pun tak ada. Pakai handphone legend. Terpaksa keluar ke KL untuk tugasan, tinggalkan bini muda yang baru sebulan kawin. KL bukan area yang Pok Ya gemar sangat. Dia bercakap Kelantan pekat.

Sabri Yunus sebenarnya bermain serampang dua mata dalam cerita ini. Dalam pada dia membawa watak Pok Ya yang gangster lama, dia turut ‘mempermainkan’ watak itu dengan beberapa sisi naif Pok Ya yang buatkan kita gelakkan Pok Ya.

Membuatkan kita tak akan menuduh Sabri Yunus terlalu mengangkat sisi seorang gangster dalam cerita ini. Ini kerana ada suapan alter ego watak Pok Ya yang memang 360 degree.

Banyak pengajaran dalam cerita ini daripada latar masyarakat yang berbeza dan hubungan sosial yang berbeza. Itu yang paling penting dan Sabri Yunus suap kepada audien dan menyampaikannya dengan cara yang sangat santai dan dalam cerita yang berwatak utamakan seorang gangster.

Layari telemovie ini di link berikut :

Satu komen untuk “Pok Ya Cong Codei Cerita Orang Gedebey Kelantan”

  1. Mat mapan says:

    PEnggarapanya sangat segar dari segi framing, skrip dan jalan cerita. Ada persamaan dengan Din Saidin dengan Bunohan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat