Risau dengan peperiksaan? Ketahui 8 tips yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak tenang dalam peperiksaan – Daily Rakyat

Risau dengan peperiksaan? Ketahui 8 tips yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak tenang dalam peperiksaan


Musim peperiksaan sudah pun bermula. Bagi anak-anak yang menduduki peperiksaan UPSR,PT3 dan SPM mereka telah sehabis daya berusaha untuk melakukan yang terbaik dengan mengulangkaji dan memahami setiap subjek yang bakal diduduki oleh mereka. Namun hati yang gelisah dan tidak tenang memikirkan soalan dan apa jawapan kepada peperiksaan mereka masih boleh dilihat melalui anak anak ini.

Oleh itu, adalah menjadi tugas ibu bapa dalam membantu anak-anak untuk kelihatan tenang dan lebih yakin untuk menduduki ujian ini. Di sini saya kongsikan tips daripada pakar motivasi di Malaysia ini, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

8 Tips Untuk Ibu Bapa membantu Anak yang menduduki peperiksaan

Antara sokongan yang boleh diberikan oleh kedua ibu bapa kepada anak yang ingin menduduki peperiksaan tidak kira UPSR, UPKK, PT3, SPM malah peperiksaan kecil sekali pun adalah:

1. Berpuasa sunat pada hari anak2 menduduki peperiksaa

Antara doa yang dimakbulkan Allah adalah doa kedua ibu bapa. Doa orang yang berpuasa juga amat mudah dimakbulkan oleh Allah. Maka dengan berdoa semoga anak anak kita lebih tenang dan yakin dalam menjawab ujian mereka itu.

2. Lakukan solat taubat dan solat hajat

Lakukan solat sunat hajat dan solat sunat taubat memohon agar apa yang dipelajari oleh anak2 kita tidak dilupakan oleh mereka. Semoga Allah SWT memudahkan apa yang perlu mereka jawab dan segala yang mereka ketahui.

3. Membaca Al-Quran dan menghadiahkan pahala kepada anak

Membaca AL-Quran dapat menambahkan pahala seharian kita sebagai manusia. Apabila kita membaca niatkan pahala diberi kepada anak-anak kita supaya mereka sentia selamat dan tenang menduduki peperiksaan.

4. Melakukan solat sunat dhuha

Dengan menunaikan solat sunat dhuha, kita dapat mengumpulkan pahala dan di doakan supaya diberi kepada anak2 kita

5. Sedekah di masjid, rumah anak yatim dan menghadiahkan pahala kepada anak

Pahala orang yang memberi lebih banyak daripada orang yang menerima. Oleh itu, sentiasalah bersedekah untuk memastikan rezeki kita dibesarkan oleh Allah SWT.

6. Berterusan berzikir dan berdoa

Seperti yang kita ketahui zikir merupakan makanan rohani untuk diri kita. Berzikirlah sentiasa supaya Allah membantu kita dan memakbulkan doa kita.

7. Menghantar gelombang positif kepada anak

Berikan semangat dan dorongan yang positif kepada anak2. Pastikan mereka sentiasa dalam keadaan baik untuk menduduki peperiksaan.

8. Bertawakal dan redha dengan segala ketentuan-Nya

Bertawakal dan percaya kepada Allah. Doakan yang baik2, semoga Allah sentiasa meletakkan anak2 anda dibawah perlindungan-Nya.

Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Pemurah,sentiasa berdoa dan meminta kepada-Nya. In Sha Allah anak2 anda dikurniakan ketenangan dan ilmu yang berpanjangan dalam diri mereka. Aminn

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat