NEGERI KELANTAN : Ohh… Aku Sangat Cinta Padamu !


Reply to Kelantanese Where You At

Cuma nak respond post sebelum ni and share my own experience. Aku adalah typical budak Selatan yang memandang enteng pada negeri Kelantan.

Ditakdirkan aku ditawarkan sambung belajar di negeri Kelantan, negeri yg aku sendiri tak pernah jejak. Aku redho. Mula-mula aku agak mati akal tak faham dengan loghat kelantannya, tak tahan dengan tiada hiburannya seperti wayang, karok, dan sebagainya.

download

Tapi semakin hari aku mula sayang negeri Kelantan ni. Orang-orangnya sangat ramah. Pergi je kedai makan kalau kau order Milo Beng, Milo Kaw Kaw kuasa dua dia bagi. Kat tempat aku tak dapatnya milo pekat macam ni. Semuanya tau nak untung lebih. Kedekut. Di Kelantan, kau order je air apa, dorang akan buat pekat-pekat sesedap mungkin. Kalau kau jenis yang suka makan (macam aku), nah Kelantan la tempatnya. Sini ada colek ayam, colek buah, mee celup, nasi air dingin, satey baung, mee belut, maggie ketam, maggie tiram, ketupat sotong, kerabu maggie, nasi kak wok, tomyam siam, nasi koh mo, pulut ayam, pulut mangga, mee cambo, coconut shake, aiskrim kelapa, pergh memang banyak gila pilihan makanan yang ada.

Nak-nak lagi sini banyak makanan Siam. Yang paling best korang tak payah spend duit banyak untuk makan sebab harga makanan kat sini murah-murah. Keropok lekor 10 biji RM1. RM5 boleh dapat mee celup + coconut shake. Beza gila kalau kat KL, RM5 tu baru harga segelas coconut shake, belum masuk harga mee sup lagi. Tau tak kat sini RM5 tu harga utk maggie tiram (kat KL tiram mahal).

Kalau korang ada RM10 tu dah boleh beli macam-macam siap air dengan pencuci mulut lagi. Belum cerita pergi pasar malam. RM10 dah dapat belistock makanan untuk 2 hari. Macam mana aku tak gemuk kalau hari-hari macam ni, semua makanan murah berganda-ganda. Haha

Walaupun sini tak ada tempat hiburan, tapi sini banyak tempat-tempat tenang yangg kita boleh pergi. Sepanjang aku belajar kat sini, aku suka pergi pantai-pantai dia. Semuanya dekat-dekat dan tak perlu bayar tol dan sememangnya jimat. Pantai Irama, Pantai Sri Tujuh, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Sabak, Pantai Mek Mas, Pantai Senok, Pantai Melawi. Ni la tempat lepak aku hujung minggu. Nyaman dan tenang. Kadang-kadang aku bawak bekal picnic dengan kawan-kawan. Nak mandi umpama duyung pun boleh. Kalau nak jauh sikit pergi Pantai Bukit Kluang, sempadan Kelantan – Terengganu. Boleh singgah beli keropok losong. Hee

Tapi, mungkin Allah nak menguji. Setiap hujung tahun mesti negeri Kelantan ditimpa banjir. Banjir paras-paras betis dan peha. Waktu sem 1 aku cepat panik tengok air naik (kat tempat aku tak pernah lagi banjir). Yang paling terkejut staff and seniors aku siap boleh berkayak lagi kat area kampus. Nampak sangatlah diorang dah biasa dengan banjir ni. Yang paling bestnya air banjir ni tak keruh. Boleh nampak lagi kaki kita dalam air. Kelas pun berjalan seperti biasa. Banjir pun banjir la. Perasan kat Venice kejap. Ala-ala Floating University gitu.

Tapi tak sangka 2 tahun lepas (waktu kami study week, Disember 2014) mencatatkan sejarah paling buruk buat negeri Kelantan. Air bukan takat kepala lagi dah, dah boleh tenggelam dah kita manusia biasa ni. Habis tenggelam kampus aku. Aku tengok je dari tingkap bilik. Air makin naik tak henti. Bukan lagi air jernih, tapi air bah warna keruh tea beng.

Kami diarahkan untuk pindah naik ke tingkat paling atas utk selamatkan diri. Aras paling bawah sekali dah tenggelam dan berkemungkinan juga binatang-binatang berbiasa seperti lintah, ular dan biawak akan naik. Allah menguji kami sewaktu kami sedang sibuk study untuk final exam.

Malam tu juga, hostel kami black out. Sudah la black out, stok makanan pula habis. Ramai yang tahan lapar dan terpaksa berkongsi apa yang ada. Malam tu penuh dengan kerisauan dalam diri kami. Handphone yang ada pun kehabisan batery. Kami terperangkap dan tak boleh nak kemana-mana. Hanya berdoa.

Esoknya bantuan tiba. Sukarelawan datang menghulurkan bantuan makanan. Kami dipindahkan secara berperingkat-peringkat. Aku dapat tahu waktu ini, telah viral gambar kami di laman-laman sosial seperti Siakap Keli. Ramai yang simpati.

Kami dipindahkan di penempatan sementara. Segala keperluan asas seperti ubat gigi, sabun, selimut, mereka sediakan untuk kami. Aku betul-betul tak sangka aku jadi salah seorang dari mangsa banjir. Kira-kira seminggu di sana tidur berlantaikan simen. Makan pun berjadual dan disendukkan. Tak pernah kelaparan di sana. Malam-malam kami berkumpul dan tengok wayang pacak sambil makan ubi rebus. Mungkin untuk menghiburkan hati kami yang rindu pada keluarga.

Banyak bantuan yang kami terima. Terima kasih semuanya. Aku dah mula belajar nikmat bersyukur. Aku bersyukur dapat belajar di Kelantan dan rasa sendiri pengalaman berharga ni. Kelantan is my second home. Orang-orang kat sini semuanya baik-baik dan menghormati tetamu.

Paling meriah waktu raya haji. Bila aku pergi berkunjung rumah orang-orang sini, semuanya jamu aku dengan macam-macam makanan (siap tapau hehe). Siap ajak bersembang dan bergurau senda lagi. Walaupun aku tak boleh cakap Kelantan, diorang cuba cakap slang luar bagi aku faham.

Apa yang ada kat sini tak sama macam kat tempat aku, sampai kadang-kadang bila order milo ais mahal sampai RM3 tapi tak pekat rasa nak marah. Mungkin sebab dah biasa minum milo beng Kelantan kot. By the way sini pun ada sawah padi terbentang luas kat Machang dan Pasir Puteh. Serius cantik!

– Walker

Kongsi luahan anda disini –> http://iiumc.com/share-your-stories/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat