Tips Dari Bagaimana Nak Pandai Berbahasa Inggeris
Students saya selalu minta tips dari saya tentang macam mana nak pandai berbahasa Inggeris.
Jawapan saya mudah sahaja:
Kalau nak pandai, banyakkan membaca buku bahasa Inggeris yang ditulis oleh pengarang yang bahasa pertuturannya adalah bahasa Inggeris.
Kalau rasa susah nak membaca buku ilmiah, bacalah novel bahasa Inggeris yang ditulis oleh pengarang yang bahasa pertuturannya adalah bahasa Inggeris. Novel mempunyai pelbagai jenis genre seperti romance, mystery, supernatural, action, thriller, magic, dan banyak lagi. Jadi, pilihlah novel mengikut genre yang anda sukai.
Di peringkat awal, banyak dugaan yang anda bakal hadapi seperti rasa mengantuk, rasa bosan, rasa macam entah pape, rasa macam dirasuk hantu, rasa macam dihantuk buku, rasa macam ada orang ajak main Mobile Legend dan sebagainya.
Jika anda menghadapi perkara-perkara yang tersebut tadi, jangan risau. Itu bermakna anda adalah manusia normal yang mempunyai nafsu. Apa yang perlu anda lakukan ialah teruskan membaca. Kalau tak faham, rujuk kamus dan hayati maknanya. In shaa Allah, lama-kelamaan anda akan dapati bahawa penguasaan bahasa anda semakin meningkat.
Bagaimana pula kalau dah baca pun masih tak pandai berbahasa Inggeris atau masih terasa dugaan-dugaan tu?
Jika itu yang berlaku, ada 3 kemungkinan sahaja:
- Belum cukup usaha
- Malas
- Bodoh
Jadi, pilih la nak yang mana. Kalau rasa belum cukup usaha, sila tingkatkan usaha dan lebih banyakkan membaca. Kalau malas, sila meninggal. Kalau bodoh, sila makan madu, kismis, tamar, dan Habbatussauda, lepas tu ajak seluruh ahli qaryah buat solat hajat dan bacaan surah يس dan surah Al-Kahfi supaya Allah buka pintu hati untuk mudah terima ilmu.
Sekian, terima kasih. Renung-renungkan dan selamat beramal.