64 Penternak Udang dan Ikan Mendapat Bantuan Bagi Menampung Kos Penternakan Yang Dijalankan – Daily Rakyat

64 Penternak Udang dan Ikan Mendapat Bantuan Bagi Menampung Kos Penternakan Yang Dijalankan


JELEBU: Lebih RM570,000 diperuntukkan oeh Kementerian Pertanian dan Asa Tani kepada 64 penternak ikan dan udang di negeri itu.

Pengarah Perikanan negeri, Halimi Abu Hanip, berkata bantuan akuakultur berkenaan bertujuan bagi meringankan beban penternak. Disamping bantuan juga bagi menampung kos membeli bahan mentah dan peralatan yang semakin meningkat.

“Tahun lalu, kementeriannya menyalurkan peruntukan sebanyak RM88,500 kepada 59 penternak” kata beliau.

“Makanan ikan dan udang selain peralatan kincir air, pam air dan pam angin antara yang diberi bantuan kepada penternak terbabit,” katanya ditemui pada Program Penyampaian Bantuan Akuakultur di Pejabat Perikanan Daerah Jelebu, hari ini.

Majlis penyampaian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Bakri Sawir.

Halimi berkata, bantuan diharap dapat membantu meningkatkan pengeluaran ikan dan udang galah di negeri ini, sekali gus dapat menghasilkan produk yang berkualiti untuk dipasarkan.

Katanya, penternak di Jelebu merupakan penerima yang tertinggi membabitkan peruntukan berjumlah RM189,750.

Sementara Aziz Said, 60, dari Kampung Esok, “saya gembira menerima bantuan ini terutama ketika penternak terpaksa berdepan dengan kos bahan makanan dan peralatan yang semakin tinggi” kata Kenaboi.

Katanya, dia berharap Bajet 2019 yang dibentangkan di Parlimen esok memberikan beberapa khabar gembira untuk golongan petani dan penternak terutama dalam memastikan mereka dapat berdepan cabaran ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat