Cara Untuk Transfer File Dari Windows Kepada iPhone Dalam Masa Yang Pantas


Dalam kehidupan hari ini, kita masih lagi menggunakan windows sebagai salah satu tempat bagi menyimpan data dan apa-apa sahaja jenis file yang berkaitan dengan bekerja atau peribadi. Kita sebagai manusia juga amat suka dengan perkara yang memudahkan kerja seharian. Jadi, terdapat beberapa cara untuk transfer file dari windows kepada iPhone dengan lebih mudah.

Menerusi akaun TikTok @monalizapc, satu perkongsian telah ditunjukkan oleh akaun tersebut dalam rakaman videonya yang berdurasi lebih kurang 38 saat. Dalam video tersebut telah diajarkan cara untuk transfer file dari Windows kepada iPhone dengan lebih pantas.

Cara Untuk Transfer File Dari Windows Kepada iPhone

Ayuh kita ikuti perkongsiannya.

 

1.Taip “Snapdrop.net” di Google dalam PC anda.

 

2. Selepas itu, di PC anda akan keluar begini.

 

3. Kemudian, di iPhone anda, sila buka “Snapdrop.net” di Safari, dan bukan di Google.

 

4. Seterusnya, anda tarik atau drag file dari PC anda dan drop kan ia di simbol telephone.

 

5. Sekarang anda boleh memuat turun file tersebut di telefon pintar anda.

 

6. Dah siap. Anda sudah dapat melihat file anda melalui phone sahaja.

 

https://www.tiktok.com/@monalizapc/video/7069589620207521051

Menarik bukan? Sekarang anda dapat melihat segala dokumen peribadi atau file kerja anda dari phone anda sahaja tanpa bersusah-payah membuka di Windows. Cara untuk transfer file dari Windows kepada iPhone ini telah membuktikan bahawa file yang di transfer sangatlah pantas dan mudah kerana ia dapat dilakukan kurang daripada 1 minit.

Perlu diingatkan bahawa sewaktu transfer file dari Windows kepada iPhone, kedua-dua aplikasi ini haruslah bersambungan dengan Lan Wi-Fi yang sama.

Kredit: @monalizapc

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat