Teknik Paling Mudah Cuci Kain Buruk, Tak Perlu Rendam Lama-Lama
Kain buruk atau kain lap merupakan salah satu benda yang wajib ada di setiap rumah. Walaupun dipanggil kain buruk namun bukanlah kain tersebut sangat buruk. Namun ia dipanggil sedemikian rupa kerana kain tersebut sudah tidak digunakan.
Kebanyakan para ibu akan menggunakan kain tersebut untuk mengelap di bahagian dapur atau sesuatu yang tertumpah dan kotor. Apabila kain tersebut digunakan untuk mengelap, pastinya kekotoran akan melekat.
Apabila sudah kotor pastinya para ibu akan membasuhnya. Namun apabila terlampau banyak kekotoran sehingga menjadi hitam pasti agak sukar untuk dicucinya dalam tempoh masa yang singkat.
Nak tahu teknik mudah cuci kain buruk atau kain lap ini? Jom ikuti perkongsian dari kekcawan.com.my. Tekniknya sangat mudah, tidak perlu rendam terlalu lama pun.
Teknik Paling Mudah Cuci Kain Buruk, Tak Perlu Rendam Lama-Lama
Ntah napa ya panggil kain buruk. Ok laaa.. kain lap.. sedap skit bunyi nya kan. Setiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap kan. Yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari! Amboiii besar tul production. Takpe.. dream big!
Dan biasa bila kain dah kotor kita masuk dalam baldi, Buh sabun dan air.. biar rendam semalaman. Kadang jadi 2 malam. Kadang 3 malam. Kadang tambah bermalam2 . Tak cuci2 gak… takdan ek. Sampai berbau dan berlendir! Ni cara Ellie. Cuci setiap hari tau.
- Sediakan sebiji periuk khas. Beli dekat kedai Eco pun boleh je.
- Masukkan air dan sabun pencuci. Boleh guna sabun serbuk kain.
- Kemudian tambah sedikit soda dan kacau sebati.
- Kemudian masak atas dapur.
- Masukkan kain lap dan rebus lebih kurang 10 minit.
- Dah cukup 10 minit, tutup api.
- Kemudian boleh curah ke sinki.
- Buka air paip dan bilas.
- Ambil berus dan berus manja kain tersebut.
- Bilas bersih dan sidai.
- Siap!
Mudah sahaja kan teknik cuci kain yang dikongsikan oleh wanita ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu memudahkan kerja-kerja mak-mak di luar sana. Namun jangan biarkan kain buruk tersebut tak berbasuh lama sangat ya.
Kredit: kekcawan.com.my