Salam semua, aku nak share kisah aku, untuk pengajaran semua pihak.
Aku berkahwin last year, dengan seorang perempuan yg boleh dikatakan perfect la. Cantik dan lemah lembut. Suruh buat apapun, pasti isteri aku akan buat, tak pernah membantah.
Semasa awal perkahwinan, aku belum berkerja, isteri aku dah kerja, dia yang support segala perbelanjaan kami berdua, duit gajinya tak cukup, dikeluarkan duit tabung haji dan ASB, keadaan awal perkahwinan agak susah, tetapi Alhamdulillah, selepas aku mula bekerja, kehidupan kami berdua bertambah baik.
Aku ada satu tabiat buruk, iaitu aku selalu dengan phone. Suka scroll2 instagram, facebook, group whatsapps. Lepas kahwin pun, aku bawak tabiat buruk ni ke dalam perkahwinan. Keluar makan main phone, dalam bilik kat rumah main phone, balik kampung main phone. Masa untuk bersembang dengan isteri aku agak terbatas sebab aku selalu dengan phone. Dia asyik termenung tengok aku main phone.
Semua tahu, wanita ni perlukan perhatian. Seorang isteri sangat perlukan perhatian daripada suaminya. Akibat sikap aku yang selalu dengan phone. Lama kelamaan, isteri aku berubah menjadi seorang yang dingin dengan aku. Namun, apa sahaja aku suruh, dia still buat, tapi boleh nampak la dia dingin dengan aku.
Sampailah pada suatu malam, isteri aku meletup, isteri aku meluahkan yang dia tak tahan dengan sikap aku yang selalu main phone, kurang peduli pasal dia. Dia kata dia dah penat-penat buat kerja rumah, at least aku appreciate dia, spend masa dengan dia, bukannya dengan phone, dia kata dia stress, dia perlukan perhatian. Dia kata aku takpela ada ramai kawan kat group whatsapps, dia takde kawan sangat, aku satu-satunya kawan rapat dia selepas kahwin.
Selepas luahan tersebut, isteri aku menangis minta maaf. Dia kata dia dah lama tahan, tapi tak boleh tahan dah dengan sikap aku yang lebihkan phone daripada dia. Terkejut juga aku dengan luahan isteri aku. Tak sangka sikap aku yang main phone ni boleh menyebabkan seorang yang lemah lembut seperti isteri aku meletup.
Selepas luahan isteri aku tu, aku mula berubah. Semasa dengan isteri aku, aku tak main phone dah, kami borak-borak, share kisah di tempat kerja, share mengenai isu semasa dan sebagainya. Alhamdulillah, hubungan kami suami bertambah baik. Apabila aku tengok pasangan lain terutamanya di restoran, seorang suami main phone, isteri juga main phone, macam orang asing. Aku rasa bersyukur isteri aku tegur sikap buruk aku. Alhamdulillah.
Oleh itu, kurangkan atau jangan main phone langsung depan pasangan anda. Hargai dan berilah perhatian kepada mereka. Ramai yang bercerai-berai kerana handphone, berhati-hatilah menggunakannya.
Semoga yang terbaik untuk kamu semua.