Cara Menghilangkan Batuk Yang Paling Padu


Batuk dan selsema adalah dua penyakit  yang sering menyerang kita semua pada masa yang sama. Setiap orang akan dijangkiti penyakit demam ini sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun. Jadi, pada hari yang indah ini saya ingin kongsikan kepada anda semua tentang cara menghilangkan batuk yang paling padu dan berkesan untuk anda semua. Jom baca dan fahami supaya mendapat pengetahuannya!!

1. Madu

Madu merupakan satu manisan atau herba yang baik untuk orang yang mengalami sakit tekak dan boleh melegakan batuk dengan lebih berkesan berbanding ubat batuk yang mengandungi dextromethorphan (DM). Selain hanya minum madu sahaja, anda juga boleh mencampurkan madu dengan sedikit air suam dan juga perahan limau nipis atau lemon. Madu juga mampu untuk mengurangkan batuk, manakala jus lemon membantu daripada berlaku kesesakan pada rongga.

2. Halia

Halia dipercayai mempunyai khasiat untuk membasmi kuman dan membuang angin yang berada didalam badan kita. Halia juga turut  membantu untuk membuang kahak yang berada dalam badan dan juga dapat mengurangkan pedih pada tekak. Campuran pudina segar bersama halia dapat membantu untuk menghilangkan gatal pada kerongkong yang menyebabkan terjadinya batuk. Apa yang anda perlukan adalah halia yang di rendam bersama beberapa helai daun pudina di dalam segelas air panas dan dicampurkan dengan sedikit madu. Minum dua kali sehari dan anda akan merasai perbezaan yang baik setelah meminum air campuran halia tersebut dengan kerap.

3. Asam jawa

Asam jawa memang terkenal dalam campuran masakan melayu, tetapi ia juga mengandungi khasiat yang boleh membuatkan tekak anda berasa lega dan selesa daripada batuk. Campurkan dua sudu asam jawa ke dalam segelas air suam dan kacaukan hingga sebati. Sebelum minum, anda perlu menapis air tersebut untuk membuang biji dan juga seratnya. Air asam jawa ini bukan sahaja boleh membuatkan tekak anda terasa nyaman, ia juga boleh menyejukkan badan kita.

4. Sup ayam

sup ayam juga telah dibuktikan berkesan untuk merawat batuk. Menurut Kajian oleh Univerisiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan yang sup ayam memiliki ciri anti-inflamasi seperti kebanyakkan ubat batuk dan  ianya juga membolehkan kotoran yang berada di tekak anda untuk cair.

6. Bawang putih

Bawang putih merupakan salah satu petua tradisional untuk melegakan masalah batuk yang di alami. Petua ini amat mudah untuk anda kerana hanya memerlukan satu labu bawang putih bersama kulitnya dan seterusnya membakar ia di atas dapur gas selama 15 minit. Pastikan bawang putih tersebut tidak terbakar sehingga menjadi hangit dan rentung. Buangkan kulit bawang yang dibakar tersebut dan makan ia begitu sahaja. Jika anda tidak mampu memakan bawang putih tersebut begitu sahaja, tumbukkan bawang putih tersebut dan gaulkan bersama minyak zaitun. Sapukan campuran bawang putih dan minyak zaitun pada bahagian leher mengikut keperluan anda.

7. Mandi dengan air panas

Mandi dengan air panas juga dikatakan dapat mengurangkan tempoh batuk yang di alami oleh seseorang itu. Selain melegakan batu, mandi air panas juga merupakan terapi yang baik untuk tubuh badan. Dengan mandi air panas, kitaran darah anda menjadi  kembali optimum dan membantu saluran nafas anda untuk kembang. Ini dapat melancarkan sistem pernafasan anda.

Jadi itu sahajalah perkongsian saya tentang cara mengilangkan batuk. Semoga berkesan dan mendatangkan faedahnya. Jangan lupa share kepada orang ramai supaya mereka mendapat ilmu yang sama seperti anda dan mendapat keberkatan daripada Allah !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat