Impian Haziq Temu Bual Perdana Menteri Akhirnya Tercapai


Hasrat Haziq temu bual perdana menteri akhirnya tercapai apabila diberi peluang untuk bertemu dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hotel di Alor Setar , Kedah.

Temu bual tersebut telah disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebook kanak-kanak tersebut iaitu Haziq Atan. Rata-rata warganet turut kagum dengan kepetahan kanak-kanak itu sehingga ruangan komen dihujani dengan komen-komen positif sebagai tanda sokongan kepada wartawan cilik ini.

Haziq Temu Bual Perdana Menteri Dengan Santai

Muhammad Haziq Mohd Asyraf dari Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah yang mengenakan pakaian seragam anggota bomba kelihatan selesa dan santai menemu bual sambil mengajukan beberapa soalan kepada perdana menteri.

haziq temu bual perdana menteri di hotel alor setar, kedah

Kredit Foto : Facebook Ruhaidini Abdul Kadir

Dalam sesi temu bual itu, Haziq telah bertanyakan seperti makanan kegemaran serta rutin harian Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Haziq juga sempat ajukan soalan tentang hala tuju dan perancangan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika diberi peluang untuk mentadbir negara 10 tahun lagi.

“ Fokus kita pada waktu ini ialah untuk tingkatkan ekonomi bagi menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Ini bagi membantu masyarakat luar bandar dan selari dengan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan menjelang tahun 2025. Kita juga merancang untuk jadikan Malaysia sebagai negara bebas karbon. Semua perancangan ini adalah penting untuk generasi akan datang seperti Haziq,” .

Selepas sesi temu bual selesai, Haziq yang ditemani ibunya Nur Shakilla Zainol, 33 dan ahli keluarga lain turut berkongsi keterujaan kerana diberi peluang keemasan ini.

haziq temu bual perdana menteri dan ditemani oleh keluarganya

“Saya rasa amat berbesar hati dapat berjumpa dengan perdana menteri Malaysia. Sebelum ini saya hanya dapat melihat beliau di surat khabar dan kaca TV,” tambah Haziq.

Haziq mula tular di media sosial sejak melaporkan penemuan ular sawa di Pasar Bukit Selambau. Video yang dimuat naik di laman Facebook tersebut telah meraih sehingga 1.2 juta tontonan. Kepetahan Haziq juga berjaya menarik perhatian Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang memberikan hadiah telefon pintar kepada wartawan cilik ini.

Haziq yang berusia 12 tahun semakin mendapat perhatian daripada pelbagai pihak apabila mula mendapat undangan dari media, badan kerajaan dan agensi swasta.

Dikhabarkan, Haziq juga telah ditawarkan peluang untuk berlakon dan sertai program masakan di stesen television tempatan namun terpaksa ditolak kerana komitmen bersekolah dan kekangan jarak perjalanan yang jauh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat