PERKONGSIAN DOKTOR PAKAR : Ingin Tambah Anak? Perlu Planning Dan Perancangan Ke?


Islam sangat mementingkan perancangan & strategi. Apatah lagi dalam soal melahirkan nyawa baru di dunia ini.

Sebaik-baiknya setiap kehamilan itu ‘dirancang, dikehendaki dan ditunggu-tunggu’ (planned, intended, wanted). Kiranya bila dapat tahu pregnant lagi, rasa gembira nak sujud syukur. Bukan mengeluh atau tak rasa apa-apa.

Waktu terbaik untuk hamil ialah pada usia 20-35 tahun. Waktu ini badan kuat dan risiko rendah. Lepas usia itu penat lain macam. Tapi depends la, kalau kahwin umur 36 nak buat macam mana. Hehe!

Sebaik-baiknya jarak 2 tahun macam dalam Al-Quran. Kan bagus tu ada panduan sangat clear dari Allah. Kalau tak penting takde la disebut dalam Al-Quran kan. Dalam 2 tahun, ibu bapa sempat bagi perhatian secukupnya kepada anak & ibu juga sempat sembuh. Dr. Harlina suggests selepas 2 tahun, cerai susu, kemudian baru cuba lagi. Kiranya kalau dapat adik tu bila abang dan kakak dah umur 2++.

Kaedah merancang semulajadi & cara moden (boleh Google). Kehamilan tidak dirancang selalu berlaku bila ibu bapa rancang di mulut saja “Hmmm kami nak tunggu lagi 2 tahun” tapi bila doktor tanya nak guna kaedah apa, mereka jawab tak nak guna.

Ada soalan seperti, anak itu rezeki, jadi kita tak patut tolak rezeki (tak patut merancang)?

Jawapan, rezeki anak itu ada dengan Allah. Yang akan menguruskan rezeki adalah ibu bapa. Kalau ibu bapa tak pandai mengurus, anak seorang dua pun tak terjaga kebajikannya. Dalam soal ini kena tengok kemampuan kewangan, kesihatan isteri dan kepandaian mengurus keluarga. Kerana anak adalah amanah.

Dr. Harlina suggests juga pengantin baru untuk honeymoon dulu dalam 6 bulan, kemudian baru cuba dapatkan anak. Supaya boleh saling kenal hati budi dalam keadaan sihat. Kalau dah morning sickness bagai tak boleh gostan (patah balik) dah. Hihi! Tapi ini depends la pada kehendak masing-masing.

Kehamilan tak dirancang bukan hanya bagi kesan fizikal kepada ibu malah kesan emosi. Macam ada patient Dr. Harlina yang belum lagi anniversary ke-4 tapi dah mengandung kali ke-4. Kiranya tak sempat berehat langsung! Last-last kena jumpa dengan psychiatrist sebab wanita tu dah mula benci suaminya.

Pil perancang memang untuk digunakan oleh para isteri, tak boleh diguna untuk orang yang nak berzina (teringat semasa di Australia asyik dispense pil perancang je… Kadang-kadang kena kaunsel untuk morning after pill. Pengalaman yang menarik…)

Allah marah orang “membunuh” anak kerana takut miskin. Merancang keluarga bukanlah membunuh anak. Sebab anak itu masih belum ada dalam rahim. Cuma kena clear niat merancang, bukan “saya tak nak anak dah” tapi “saya nak ambil berat dengan anak-anak yang sedia ada…”

Kesimpulannya:

  1. Tanya diri
  2. Tanya keluarga (suami)
  3. Tanya doktor

Dr. Harlina Hj. Siraj (Pakar Sakit Puan PPUKM)
Kredit kepada: Puan Rabihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat