3 Rahsia Kekal Sihat Tun Mahathir

Sumber Rujukan : Sinar Harian

Kemaskini:

Walaupun Tun Dr Mahathir sudah berusia 93 tahun, Namun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi kekal aktif dan mempunyai daya fikir yang tajam.

amalan Tun M kekal sihat

Menurutnya, rahsia yang diamalkan ialah harus sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dengan :-

  • Jangan hisap rokok
  • Minum arak
  • Makan terlalu banyak

 Tiga amalan ini yang saya amalkan.

Dalam soal penjagaan makanan perlu juga di titik beratkan seperti pastikan berhenti sebelum kenyang kerana jika tidak beringat maka perut pun mudah jadi besar,” katanya ketika ditemui di Tayangan Perdana dan Bicara Filem Pendek Sikap di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, semalam.

Tun M juga turut nasihati orang ramai supaya menjaga jantung masing-masing kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan.

“Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak.

“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan mudah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi,” katanya.

Tun M juga turut berkongsi petua yang diberikan oleh ibunya satu ketika dahulu.

“Ibu saya kata, ketika tengah seronok makan, berhenti. Apabila kita biasakan diri dengan tabiat ini, ia akan menjadi lebih mudah.

“Sebab itu, seluar yang saya beli 40 tahun dahulu masih lagi muat,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat