PERKONGSIAN DOKTOR PAKAR: Perlu Perancangan Untuk Tambah Anak Ke?
Anak merupakan satu anugerah dan amanah yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada kedua ibu bapa. Kelahirannya seorang anak membawa seribu tanggungjawab baru yang harus digalas dan dipegang oleh ibu bapa tersebut.
Menurut perspektif Islam
Anak itu adalah anugerah dan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T. Sebagaimana Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Kahfi Ayat 46 dan Surah An-Nahl Ayat 72:
“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal salih yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.” (Surah Al-Kahfi Ayat 46)
“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?.” (Surah An-Nahl Ayat 72)
Oleh itu, perancangan dalam memiliki atau menambah seseorang anak perlulah dilakukan terlebih dahulu jika ada kemudaratan kepada ibu mahupun anak tersebut. Ikuti perkongsian seorang Pakar Sakit Puan, Dr Harlina Hj. Siraj berkenaan pendapat beliau tentang perancangan dalam memiliki seorang anak.
Berikut merupakan perkongsian yang diberi:
Islam sangat mementingkan perancangan & strategi. Apatah lagi dalam soal melahirkan nyawa baru di dunia ini.
Sebaik-baiknya setiap kehamilan itu ‘dirancang, dikehendaki dan ditunggu-tunggu’ (planned, intended, wanted). Kiranya bila dapat tahu pregnant lagi, rasa gembira nak sujud syukur. Bukan mengeluh atau tak rasa apa-apa.
Bilakah waktu terbaik untuk hamil?
Waktu terbaik untuk hamil ialah pada usia 20-35 tahun. Waktu ini badan kuat dan risiko rendah. Lepas usia itu penat lain macam. Tapi depends la, kalau kahwin umur 36 nak buat macam mana. Hehe!
Sebaik-baiknya jarak 2 tahun macam dalam Al-Quran. Kan bagus tu ada panduan sangat clear dari Allah. Kalau tak penting takde la disebut dalam Al-Quran kan. Dalam 2 tahun, ibu bapa sempat bagi perhatian secukupnya kepada anak & ibu juga sempat sembuh. Dr. Harlina suggests selepas 2 tahun, cerai susu, kemudian baru cuba lagi. Kiranya kalau dapat adik tu bila abang dan kakak dah umur 2++.
Kaedah merancang semulajadi & cara moden (boleh Google). Kehamilan tidak dirancang selalu berlaku bila ibu bapa rancang di mulut saja “Hmmm kami nak tunggu lagi 2 tahun” tapi bila doktor tanya nak guna kaedah apa, mereka jawab tak nak guna.
Ada soalan seperti, anak itu rezeki, jadi kita tak patut tolak rezeki (tak patut merancang)?
Jawapan, rezeki anak itu ada dengan Allah. Yang akan menguruskan rezeki adalah ibu bapa. Kalau ibu bapa tak pandai mengurus, anak seorang dua pun tak terjaga kebajikannya. Dalam soal ini kena tengok kemampuan kewangan, kesihatan isteri dan kepandaian mengurus keluarga. Kerana anak adalah amanah.
Dr. Harlina suggests juga pengantin baru untuk honeymoon dulu dalam 6 bulan, kemudian baru cuba dapatkan anak. Supaya boleh saling kenal hati budi dalam keadaan sihat. Kalau dah morning sickness bagai tak boleh gostan (patah balik) dah. Hihi! Tapi ini depends la pada kehendak masing-masing.
Kesan kehamilan yang tidak dirancang
Kehamilan tak dirancang bukan hanya bagi kesan fizikal kepada ibu malah kesan emosi. Macam ada patient Dr. Harlina yang belum lagi anniversary ke-4 tapi dah mengandung kali ke-4. Kiranya tak sempat berehat langsung! Last-last kena jumpa dengan psychiatrist sebab wanita tu dah mula benci suaminya.
Pil perancang memang untuk digunakan oleh para isteri, tak boleh diguna untuk orang yang nak berzina (teringat semasa di Australia asyik dispense pil perancang je… Kadang-kadang kena kaunsel untuk morning after pill. Pengalaman yang menarik…)
Allah marah orang “membunuh” anak kerana takut miskin. Merancang keluarga bukanlah membunuh anak. Sebab anak itu masih belum ada dalam rahim. Cuma kena clear niat merancang, bukan “saya tak nak anak dah” tapi “saya nak ambil berat dengan anak-anak yang sedia ada…”
Kesimpulannya sebelum merancang anak:
- Tanya diri
- Tanya keluarga (suami)
- Tanya doktor
Tonton video di bawah yang menerangkan perancangan keluarga dari sudut pandangan islam oleh Ust Kazim Elias: