Jenis Najis Mengikut Carta Bristol Untuk Panduan Semua
Penyahtinjaan adalah proses pembuangan sisa buangan daripada badan kita atau dengan kata lain proses pembuangan tinja daripada badan.
Tinja merupakan makanan yang tidak dapat dihadam oleh badan kita. Serat dan nutrisi yang terkandung dalam makanan akan diserap oleh usus kecil.
Sekiranya tinja ini tidak dikeluarkan, ia akan menjadi agak keras dan juga akan mengakibatkan kita mudah mendapat penyakit.
Najis anda merupakan hasil yang menjadi refleksi kepada pengambilan diet anda, minuman, ubat ubatan dan gaya hidup seharian.
Carta najis yang dikenali sebagai Bristol Stool Chart ini , merupakan rujukan untuk membandingkan ciri ciri najis yang berbeza serta terjemahan kepadanya.
- Najis yang normal adalah jenis yang ke 3 dan ke 4, ianya lembut dan mudah di keluarkan.
- Jenis 1 dan 2 menunjukkan anda mengalami sembelit. Anda mengalami kesukaran untuk membuang najis dan proses menyahtinja lebih menyakitkan.
- Jenis 5 dan 7 menunjukkan anda mengalami cirit birit. Anda perlu bergegas ke tandas sebaik sahaja mula berasa sakit perut.
Ciri-ciri perkumuhan yang sihat:
- Biasanya seseorang individu akan ke tandas selepas 30 minit mengambil makanan ( biasanya sarapan)
- Mampu bertahan sebentar untuk membolehkan anda berjalan ke tandas dan membuka seluar
- Berjaya membuang najis dalam tempoh seminit sebaik sahaja anda duduk di tandas
- Tidak perlu meneran najis
- Tidak perlu kembali ke tandas semula selepas bangun dan selesai
Ubah cara pemakanan dan gaya hidup anda untuk najis yang lembut dan lancar. Antara tips tambahan yang kami dapat kongsikan dengan anda semua ialah:
Sistem pencernaan yang baik dapat mengekalkan keselesaan kepada semua. Sudah semestinya ia menjadi dambaan setiap orang untuk mendapatkan sistem pencernaan yang baik. Hal ini kerana sistem pencernaan yang baik dapat menjamin kesihatan yang baik untuk kita.
Tubuh mampu menyerap setiap nutrisi yang terkandung dalam makanan sehingga keperluan nutrisi badan dipenuhi.