Pembunuhan Memali : ARAHAN Kepada Pegawai- OPERASI MENGGEMPUR KOMUNIS!”
“Masa peristiwa Memali empat orang anggota polis terbunuh. Yang paling tinggi pangkat adalah Inspektor. Inspektor Azmi namanya. Semua mereka mati terkena tembakan.
Dari mana datangnya peluru yang membunuh mereka? Penduduk kampung yang berkubu di rumah As-Syahid Ibrahim Libya tiada senjata api. Mereka hanya ada senjata kampung sahaja.
Ada 3,600 lebih anggota polis yang datang dan lepaskan tembakan membuta tuli. Tembak As-syahid Ibrahim Libya tak kena, tembak orang kampung tak kena, kena sesama mereka sendiri!
Arwah ayah saya ketika berceramah di Kota Bharu, datang bapa mertua arwah Inspektor Azmi berjumpa dengannya. Dia mewakili Inspektor Azmi minta maaf dengan ayah saya, minta maaf dengan mangsa yang terkorban di Memali, minta maaf dengan semua mangsa-mangsa di Memali.
Katanya, anaknya beritahu suaminya (Inspektor Azmi) pergi ke Memali atas ARAHAN untuk OPERASI MENGGEMPUR KOMUNIS!”
Allahurabbi.. Celakalah mereka yang bertanggung jawab!
Ustaz Yusni Mat Piah
Anak Almarhum Ustaz Mat Piah
(mangsa Memali yang terselamat dengan berbelas kesan tembakan di tubuh)
Ceramah Isu Memali, Pasir Panjang
19 Ogos 2017