3 Biji Telur Bernilai 100 Billion Dollars
Kemerosotan ekonomi yang di alami Zimbabwe telah menyebabkan matawang mereka di gantikan dengan matawang Yuan. Ini kerena Zimbabwe berhutang dengan China.
Rakyat Zimbabwe perlu membawa beg plastik untuk membawa wang bagi membeli barangan harian. Harga pula sekurang-kurangnya meningkat dua kali ganda dalam sehari.
Bayangkan, penjual meletakkan harga 3 biji telur dengan nilaian 100 billion dolar Zimbabwean yg baru di Harare. Dan hari ini, wang kertas Zimbabwe dibakar kerana sudah tiada nilai walau satu lori jumlahnya. dan digantikan dengan matawang Yuan.
Apakah Malaysia juga berhutang dengan China??
tak kot.
Rasulullah saw bersabda “Akan datang satu zaman dimana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar (emas) dan Dirham (perak).”(Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal).
Ramai berfikiran jika mata wang jatuh teruk itulah masa untuk simpan wang. Sebenarnya tidak di dalam dunia realiti kerana rakyat tiada pilihan lain selain terpaksa membelanjakan wang untuk membeli barangan keperluan. Sekiranya gagal berbuat demikian, kemungkinan kuasa membeli mereka akan berkurangan menjadi separuh dalam masa beberapa jam sahaja. Itulah situasi yg dialami di Argentina antara tahun 2001 hingga 2002 apabila nilai mata wang jatuh setiap masa.
Keadaan menjadi kelam-kabut dan menekan rakyat.
Bayangkan pekerja kedai perlu berlari ke rak-rak barang dan menukarkan harga barang mengikut kadar semasa. Malah, pertukaran harga pernah berlaku di dalam jam yg sama. Bayangkan anda ke kedai dan mengambil barang-barang di rak. Apabila tiba di kaunter bayaran, jumlah harga melambung tinggi kerana harga di rak tadi dah tak relevan lagi, dan harga baru yg dikenakan lebih tinggi.