Syahmi Sazli Hadiahkan Iphone 14 Buat Pekerjanya Yang Terpilih Dapat Pujian Ramai


Syahmi Sazli atau nama sebenarnya Muhammad Syahmi bin Sazli bukan sahaja seorang Youtuber hebat namun juga seorang penerbit, pengarah filem dan ahli perniagaan. Sebelum ini Syahmi pernah menjalankan perniagaan santan namun hanya sementara.

Kemudian pada bulan puasa yang lepas, Syahmi pula mula membuka perniagaan air balang dan perniagaan itu sangat mendapat sambutan ramai. Hari demi hari, perniagaan bintang Youtuber hebat ini semakin laris dan mendapat kunjungan dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia ini.

Dari menjual di dalam plastik namun hari ini Syahmi Sazli sudah berjaya mengembangkan perniagaannya kepada dalam botol. Kemajuan perniagaannya ini dapat dilihat hari demi hari.

Syahmi Sazli Hadiahkan Iphone 14 Buat Pekerjanya Yang Terpilih Dapat Pujian Ramai

Terbaharu, bagi menghargai pekerjanya yang bertungkus lumus mengerah keringat dan tenaga bagai memajukan perniagaan air balang, Syahmi Sazli telah menghadiahkan sebiji Iphone 14 kepada salah seorang pekerjanya yang terpilih.

syahmi sazli hadiahkan iphone

Momen indah itu telah dimuat naik oleh Syahmi menerusi laman Facebook dan aplikasi TikTok miliknya. Menerusi video tersebut, Syahmi tiba-tiba mengeluarkan sebiji Iphone 14 itu dari begnya sebelum diberikan kepada salah seorang pekerjanya yang dipanggil Lin.

Menurut Syahmi, pemilihan itu diambil kira berdasarkan semua sudut. Melihat kegembiraan pekerjanya yang juga kelihatan terkejut kerana mendapat iPhone 14 berkenaan, orang ramai memuji tindakan baik Syahmi yang dilihat sangat menghargai pekerjanya.

Terbaik mi..

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen mendoakan Syahmi dan keluarganya terus dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan tubuh badan selalu. “Semoga mi dan family dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan selalu. Amin”, tulis Fris Joe.

Ada juga yang menulis, “terbaik mi semoga tuhan balas jasa baik mi dunia akhirat” – Mohamad Hafiz.

 

Iphone 14 bukanlah murah namun pasti ada usaha terbaik yang dilakukan oleh pekerjanya kerana lihat sahaja Syahmi Sazli tanpa berkira menghadiahkan telefon tersebut. Semoga dengan hadiah tersebut ia dapat membantu pekerja lain lebih bersemangat dalam memajukan perniagaan air balang milik Syahmi ini.

Kredit: TikTok Syahmi Sazli

Baca juga: Remaja Sekolah Selamba Bermesraan Di Khalayak Ramai Undang Kebimbangan Orang Ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat