Remaja Sekolah Selamba Bermesraan Di Khalayak Ramai Undang Kebimbangan Orang Ramai
Zaman sekarang, pasangan yang bercinta kelihatan seolah-olah seperti pasangan yang sudah berkahwin. Bermesraan umpama dunia ini milik mereka dan tiada hari esok. Entah di mana salahnya kerana mereka ini kelihatan sangat asyik dengan dunia masing-masing.
Malah apa yang lebih teruk lagi adalah ada remaja sekolah yang bab kata orang baru setahun jagung namun sudah bercinta dan kemesraannya itu melebihi pasangan yang sudah berkahwin. Berpegangan tangan, berpelukkan tanpa rasa segan dan malu sedikit pun.
Bukan sahaja kejadian sebegini berlaku di tempat yang tertutup malah ada juga remaja sekolah yang tidak malu bermesraan di khalayak ramai.
Remaja Sekolah Selamba Bermesraan Di Khalayak Ramai Undang Kebimbangan Orang Ramai
Seperti mana video viral di media sosial baru-baru ini yang memaparkan remaja sekolah tanpa segan silu bermesraan di sebuah taman.
Video yang viral itu memaparkan seorang remaja perempuan bertudung sedang duduk bersandar di sebuah bangku. Manakala seorang remaja lelaki, dipercayai teman lelakinya itu sedang tidur di atas paha remaja perempuan itu.
Langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling dan orang ramai yang hadir di taman itu, remaja perempuan berkenaan dilihat selamba membelai rambut teman lelakinya. Tidak dapat diketahui sejak bila lagi mereka berada di situ namun kemesraan yang dilihat itu cukup membimbangkan orang ramai.
Sedih, sebak serta risau, semuanya bercampur baur tatkala melihat remaja sekolah ini selamba bermesraan, seolah-olah tiada rasa takut dan bimbang akan pandangan orang ramai.
Apa nak jadi dengan budak sekarang..
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warganet. Ada yang berasa sedih melihat pasangan remaja sekolah ini dan ada juga yang meninggalkan komen menyatakan, apa nak jadi dengan budak sekarang. “Apa nak jadi lah budak sekarang”, tulis z_xazmin.
Ada juga yang berseloroh, katanya bukan kelas tambahan namun macam kelas jasmani. “Ni bukan kelas tambahan, ini kelas jasmani. hahahahahha.”, tulis fendiadrian1. Tidak kurang juga ada yang seolah-olah terkejut kerana remaja ini sangat berani mempamerkan adegan seperti itu di khalayak ramai. “Beranianya..”, tulis lizadekja.
Entah di mana silapnya, entah di mana kurangnya kasih sayang kita sebagai ibu bapa, penjaga dan guru mereka. Malah orang sekeliling juga turut memainkan peranan dalam hal ini. Mungkin juga kurangnya pemahaman dan kesedaran yang dipertonjolkan atau diajar daripada kita kepada mereka.
Walauapapun itu, didoakan semoga adik ini berubah ke arah yang lebih baik. Buat orang ramai di luar sana, jangan kutuk mereka, jangan keluarkan kata-kata yang buruk buat mereka namun doakanlah mereka semoga berubah menjadi lebih baik.
Sebagai penjaga dan insan terdekat, nasihatkanlah dan terangkanlah secara baik-baik kepada remaja sekolah.
Kredit: azr_mentarang via mstaronlineofficial
Baca juga: “Ke Bulan Tu..” Pasangan Suami Isteri Selamba Hisap Gam Dalam Kereta Depan Anak