Isu Saman Mydin, Peguam Ini Tampil Beri Pandangan & Jelaskan Beberapa Perkara


Zaman kini, saman menyaman sudah menjadi perkara biasa bagi mereka yang mahukan keadilan dan hak mereka. Ramai dalam kalangan ahli perniagaan, ahli politik, para hartawan, golongan selebriti serta para influencer yang saman menyaman antara satu sama lain.

Bukan  sekadar saman fitnah dan saman malu namun terdapat ribuan kes saman yang kadangkala tak terfikir dek akal kita. Kadangkala kesalahan tidaklah sebesar mana, namun demi wang, demi nama, ramai dalam kalangan mereka tetap mengeluarkan saman.

Seperti mana yang heboh di media sosial baru-baru ini apabila Mydin bakal disaman oleh individu yang cukup terkenal di Malaysia. Isu tersebut bermula apabila Mydin memuat naik status berkenaan dengan topi dan beras.

Individu berkenaan merasakan dirinya disindir kemudian meminta pihak Mydin membuat permohonan maaf dalam masa 24 jam. Namun permintaaan tersebut tidak dilayan oleh pihak Mydin.

Isu Saman Mydin, Peguam Ini Tampil Beri Pandangan & Jelaskan Beberapa Perkara

Bagaimanapun, individu berkenaan tampil dan berkeras ingin mengeluarkan saman kepada Mydin. Ekoran itu, seorang peguam yang dikenali dengan nama Nor Zabetha menjelaskan beberapa perkara. Penjelasan beliau terhadap isu yang hangat pada ketika ini cukup ringkas dan padat. 

Memandangkan rata-rata kita dengar saman dan menyaman berkaitan posting. Ambil contoh isu terkini tentang Mydin.

Situasi begini sehinggakan kita orang awam ini, jadi tidak boleh komen apa-apa? Adakah begitu? Tetapi masih ada pihak lain mengeluarkan dan menyingkap kisah-kisah yang lalu. Bagaimana pula?

Di Malaysia, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan bersuara. Contoh, kalau kita tidak setuju isu silibus tinggi, beg berat dll. Adakah kita sebagai ibu bapa tidak boleh bersuara atau membuat aduan? Bersuara itu boleh tetapi jangan melampau.

Melampau misalnya, melukis gambar Menteri dan menukarkan menjadi imej haiwan kerana marah, menghina dan mencaci maki kerajaan dengan kata-kata kesat.

Hentam sana sini, bongkar itu ini oleh kedua-dua pihak

Kebebasan bersuara kita dapat lihat, dalam medan penulisan politik. Contohnya hentam sana sini, bongkar itu ini oleh kedua-dua pihak. Kadangkala kita baca, keras penulisannya dan ditambah lagi dengan ‘fake account’.

Kalau dikira tulisan begini berjuta setiap tahun di media sosial sama ada dari pemilik akaun atau dari komen awam. Tetapi selagi mana tidak melampaui undang-undang, contohnya tidak menuduh ahli politik tanpa bukti, tidak menghina kedaulatan raja-raja, tidak menghasut benci agama lain atau bangsa lain, maka bukanlah merupakan kesalahan undang-undang.

Kes-kes saman-menyaman antara ahli politik memang banyak di mahkamah tetapi setiap kes ini, yang meritnya sangat kuat dan ada asasnya. Apabila penuntut memang tahu bahawa kesnya benar-benar kukuh dan si penulis tiada bukti menyokong kenyataannya.

Tulisan-tulisan netizen atau lawak-lawak troll dalam kalangan netizen memang banyak tetapi fokus dalam kalangan ahli politik, VVIP ini adalah kepada kes yang lebih bermerit.

Mungkin ada beranggapan keras. Ada beranggapan berani ya tulis begini?

Kadangkala saya terlihat, isu bola sepak antara TMJ dan MB Kedah. Mungkin ada beranggapan keras. Ada beranggapan berani ya tulis begini? Tetapi tidak, peminat bola sepak tahu, itu bakar-membakar namanya. Gurauan kasar tentang bola sepak. Tidaklah saman-menyaman dan tiada juga dakwaan titah murka.

Begitu juga isu kartunis Fahmi Redza dan Putera Mohkata Pahang, yang suka karya satira pelukis itu tentangnya. Tiada juga isu saman-menyaman atau laporan polis.

Hendak buktikan saman fitnah di mahkamah juga bukan mudah. Ada elemen-elemennya. Adakah tulisan merujuk kepada Plaintif? Adakah tulisan itu fitnah atau menjatuhkan reputasi? Adakah disampaikan kepada pihak ketiga?

Cukup elemen, maka boleh saman. Tidak cukup elemen maka ditolak. Ambil situasi kes Dr Maza. Pada tahun 2021, Dr Maza iaitu Mufti Perlis berjaya tindakan saman terhadap aktivis T. Arunakirinathan dengan ganti rugi sebanyak RM150,000.

Di atas, kes Dr Maza menyaman individu dan satu kes lagi, kali ini Dr Maza pula disaman oleh oleh Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mat Zin. Pada September 2022, Mahkamah menolak tuntutan saman yang difailkan oleh Zamihan.

Kalau kita tengok kes di atas, kejap boleh saman dan dapat tuntutan. Kejap tidak boleh. Kenapa? Semuanya tertakluk kepada fakta dan elemen undang-undang.

Ingat, kebebasan bersuara dan atas dasar kebebasan ini, saya boleh menulis. Kalian boleh menulis tentang pelbagai isu ustaz didakwa gangguan seksual, perbicaraan ahli politik, isu semasa dll.

Ingat juga penulisan-penulisan kita jangan sehingga melampau batas dan melangkaui undang-undang.

Oleh Nor Zabetha

Jadi kesimpulannya, saman menyaman ini bukanlah perkara yang mudah. Terdapat pelbagai langkah dan bahagian yang perlu disiasat. Walau apa pun, semoga ada berita baik untuk kedua-dua belah pihak.

Sumber: Facebook Nor Zabetha

Baca juga: Saman Menyaman Hanya Kayakan Peguam, Mydin Mahu Kerjasama Buat Amal Kalau Caprice Sudi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat