Awas! Sayangi diri anda, Ketahui 5 kesan buruk bermain telefon bimbit sebelum tidur

Sumber Rujukan : Facebook/MingguanWanita

Menjadi kebiasaan bagi setiap orang untuk melihat telefon bimbit mereka sebelum tidur. Rutin kehidupan seharian yang memenatkan membuatkan mereka tidak mempunyai waktu dan ruang untuk memeriksa berita-berita semasa mahupun hiburan yang terdapat di dalam media sosial kini.

Oleh itu, mereka menjadikan waktu sebelum tidur sebagai waktu yang mereka ada dan baik untuk melayari media sosial dan apa sahaja aplikasi yang terdapat di dalam telefon bimbit mereka. Namun tanpa mereka sedari bermain telefon sebelum tidur memberi kesan yang amat buruk kepada diri seseorang itu dan boleh membahayakan diri mereka sendiri.

bermain telefon bimbit sebelum tidur

Berikut merupakan 5 kesan buruk yang boleh di dapati oleh seseorang individu jika kerap bermain telefon bimbit sebelum tidur:

1. Mata Rosak

Telefon bimbit mengeluarkan sejenis cahaya biru yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah merosakkan mata. Menurut kajian American Macular Degeneration Association, cahaya biru ini merosakkan retina dan boleh menyebabkan rabun.

Kajian ini menjelaskan kaitan diantara penggunaan handphone dan kehadiran katarak pada mata. Cara yang terbaik adalah menjauhkan telefon bimbit daripada diri ketika tidur serta mengurangkan level skrin pencahayaan bagi mengelakkan kerosakan mata.

2. Tidur Terganggu

Bermain telefon bimbit sebelum tidur juga menganggu kualiti waktu tidur. Pernah tak alami, rasa terlalu mengantuk tetapi bila main handphone terus hilang rasa mengantuk tu? Cahaya biru pada telefon tulah yang telah memanipulasi otak dan menyekat pengeluaran melatonin (hormon yang mempengaruhi kualiti tidur).

Gangguan melatonin inilah yang menyebabkan tidur berjalan, tidur-tidur ayam dan insomnia. Pakar mencadangkan agar menutup segala peralatan elektronik sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu tidur bagi mengatasi masalah ini.

Bagi yang mengalami masalah untuk tidur, boleh amalkan 7 tips tidur ini untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

3. Tekanan

Tidur yang terganggu boleh menyebabkan pelbagai masalah menghampiri tidak kira dari sudut fizikal mahupun mental. Tekanan yang dihadapi oleh otak menyebabkan seseorang itu kehilangan tenaga untuk melakukan sebarang pekerjaan.

Seseorang itu akan kelihatan lesu dan keletihan jika tidak mendapatkan tidur yang mencukupi. Gangguan kepada otak kita membuatkan seseorang itu tidak mempunyai mood untuk menjalani hari mereka.

4. Meningkatkan Risiko Kanser

Yayasan Kesihatan Dunia 2011 meletakkan telefon bimbit sebagai bahan karsinogen kepada manusia kerana adanya pancaran radiasi elektromagnet yang menyumbang kepada kanser.

Risiko terjadinya kanser dengan penggunaan telefon bimbit masih dikaji tetapi pendedahan kepada cahaya biru yang lama boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan prostat. Pendedahan radiasi telefon bimbit ini juga meningkatkan risiko kanser otak, apabila telefon bimbit sering diletakkan berhampiran kepala ketika tidur.

5. Semakin Pelupa

Penggunaan handphone mampu menghilangkan memori jika digunakan dengan cara yang salah. Penggunaan telefon sebelum tidur dan gangguan tidur menjadikan kita semakin pelupa.

Setiap malam, otak memerlukan rehat bagi memperbaiki kerosakan sel pada siang hari dan membentuk sel yang baru. Sebab itulah, kita akan selalu rasa tak mampu berfikir dengan betul jika tidak dapat tidur secukupnya pada malam hari.

Oleh yang demikian, seseorang itu perlulah sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan mereka dan menghadkan penggunaan telefon bimbit dalam kehidupan seharian mereka. Pastikan penggunaan telefon bimbit dilakukan mengikut saranan pihak yang lebih pakar dan tidak menggunakan ia sebelum tidur.

Sama-sama kita memastikan kesihatan otak dan badan kita terjamin agar masyarakat yang sihat dapat diwujudkan dan dikekalkan.

Tonton video dibawah untuk mengetahui kesan buruk bermain telefon bimbit atau gadget:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat