“Sediakan Mereka Untuk Kehidupan Bukan Pekerjaan”
Mungkin Satu sesi bersama dengan penerima anugerah “Nobel Laureate”, Mohamad Yunus dari Grameen Bank, Bangladesh telah diadakan untuk berkongsi perjalanan beliau menjelajah dunia abad ke 21 ini. Beliau berkongsi visi untuk menyelamatkan umat manusia dengan membawa impiannya untuk menangani tiga ‘Zeros’, ‘Zero’ Kemiskinan, ‘Zero’ Pengangguran dan ‘Zero’ Pelepasan Karbon bersih.
Idea yang disampaikan oleh beliau memberi inspirasi yang mendalam dan beberapa perkongsian yang bermakna telah dicatatkan.
1. Kemiskinan adalah kesalahan dari sistem dan bukan dari rakyat.
Kita bertanggungjawab ke atas diri kita sekarang. Jika sesuatu sistem tidak berfungsi, kita sepatutnya mengambil tahu dan melakukan sesuatu. Satu muzium kemiskinan harus dibangunkan untuk generasi masa hadapan mengetahui dan memahami semua tentang kemiskinan dan supaya mereka bertanya kepada ibu bapa dan rakyat zaman kini tentang mengapa fenomena kemiskinan ini boleh berlaku pada masa lepas.
2. Melihat melalui pandangan anak muda.
Siapakah yang bertanggungjawab dalam merangka masa depan? Institut-institut pembelajaran yang memainkan peranan dalam mencambah benih dan mencorak kanvas putih demi masa hadapan. Mereka bertindak sebagai satu navigator yang membantu dan mendidik satu sistem perjalanan untuk seluruh manusia.
3. Semua kekayaan bergerak ke satu arah.
Seramai 368 orang yang mempunyai kekayaan melebihi daripada 50% orang bawahan di dunia ini. Kami boleh namakan 8 orang yang terkaya di dunia dan kemungkinan besar di masa hadapan hanya 4 hingga 5 orang sahaja berada dalam kategori yang dinyatakan.
Pengagihan kekayaan tidak dilakukan dan hanya masuk menaiki ke satu tempat sahaja seperti sebuah bom masa yang boleh membawa kepada berlakunya pemberontakan dan pada bila-bila masa boleh meletup di dalam kehidupan masyarakat. Oleh itu satu pendekatan baru perlu dilakukan daripada bawah untuk memastikan perkara ini tidak terjadi.
4. Mencari satu gear untuk mengembalikan kekayaan.
Kita perlu membina satu jalan baru untuk mendapatkan satu destinasi yang baharu. Kita perlu mengundurkan proses untuk mengedarkan kembali kekayaan.
Mengelakkan jalan amal kerana duit hanya boleh digunakan melalui satu tujuan sahaja. Perlu merangka satu perniagaan yang dapat membawa untung semula. Sebagai contoh: Membina satu perniagaan air dan secara tidak langsung boleh memberi air kepada rakyat dengan membawa bekas sendiri serta hanya perlu membayar sedikit wang berjumlah 1 taka daripada 50 taka.
5. Bagi graduan, pembelajaran adalah untuk persediaan kehidupan dan bukan pekerjaan.
Bagi anak-anak di kampung Grameen Bank, mereka tidak dibenarkan mengikuti jejak langkah kedua ibu bapa mereka. Setiap kanak-kanak perlu mengetahui untuk menulis dan membaca. Malah disana juga terdapat orang yang telah bergraduat namun tidak memiliki pekerjaan.
Idea sebenarnya adalah untuk melupakan pekerjaan kerana idea memiliki pekerjaan kini sudah tidak boleh dipakai. Sejarahnya mereka pernah menjadi pemburu secara berkumpulan seperti petani dan lain-lain pekerjaan untuk menyara kehidupan.
Bagi mereka sebaik sahaja mereka memiliki pekerjaan, mereka akan kehilangan kreativiti mereka. Kita mesti tidak menjadi seorang yang mencari pekerjaan namun menjadi seorang yang mencipta dan membina pekerjaan.
Universiti perlu menyediakan pelajar bergraduat mereka dengan kanta bifocal seperti duit dan sumbangan ke arah kemanusiaan dan bukan hanya kanta tunggal yang hanya memfokuskan kepada kekayaan sahaja. Hasrat kami adalah untuk mengumpulkan kembali manusia semula jadi dan bukannya manusia buatan.
6. Berfikiran meluas dengan mengambil langkah yang kecil.
Pengalaman beliau sendiri bersama dengan Syarikat Danone dalam memberi nutrien yogurt kepada kanak-kanak yang kekurangan zat makanan.
Sekolah bisnes boleh mencipta perniagaan sosial MBA dan bukan hanya membuat wang dan keuntungan. Perkongsian luar biasa daripada beliau adalah bagaimana Paris telah dianugerahkan untuk menjadi tuan rumah bagi sukan olimpik pada 2024 dengan menggunakan sukan sebagai perubahan sosial kerana ia mempunyai kuasa dan emosi.
Beliau memberitahu mereka untuk membina kampung olimpik untuk orang yang tidak mempunyai rumah dan mengupah mereka untuk menjalankan tugas-tugasan yang boleh dilakukan semasa acara berlangsung.
7. Pengendalian teknologi.
Inovasi dilakukan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Ia boleh menjadisatu kurnian atau kutukan kepada umat manusia. Teknologi juga boleh membuat manusia pupus dengan penciptaan robot dan Artificial Intelligence’
Secara Keseluruhannya, pengalaman yang telah dikongsikan dan pemikiran yang memprovokasikan telah memberi kefahaman yang tidak ternilai tentang bagaimana untuk mencipta satu susunan ekonomi baru bagi dunia ini.
PUBLIC LECTURE BY,
NOBEL LAUREATE
PROF MUHAMMAD YUNUS