Cara Ekstrem Kanak-Kanak Di Seluruh Dunia Pergi Sekolah – Daily Rakyat

Cara Ekstrem Kanak-Kanak Di Seluruh Dunia Pergi Sekolah

Sumber Rujukan : businessinsider

Jika di Malaysia terdapat bus sekolah atau van kuning yang sinonim dengan persekitaran persekolahan. Tetapi berbeza dengan tempat-tempat lain di dunia yang laluan untuk kesekolah mungkin tidak sempurna atau boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.

Di bawah adalah pemandangan bila tiba waktu persekolahan yang lebih ekstrem dan berbahaya di seluruh dunia.

Di Kalimantan Tengah dalam wilayah Indonesia, kanak-kanak terpaksa mengayuh basikal dalam jerebu yang tebal. Pencemaran udara di negara tersebut semakin meruncing kebelakangan ini.

Di Sri Lanka, sekumpulan gadis perlu menyeberang menggunakan papan kayu yang di bentang atas dinding kubu yang dibina pada kurun ke-16 di pekan Galle.

Dalam daerah yang berisiko tinggi untuk berlaku gempa bumi dan tsunami, sesetengah sekolah menyarankan ibubapa untuk memberi perlindung kepala untuk mengelakkan berlakunya kecederaan yang serius jika berlakunya kecemasan.

Kira-kira 600 batu di selatan, kanak-kanak di daerah Jiangxi yang sering banjir akan bergantung kepada ibubapa masing-masing untuk menyediakan pengankutan apabila jalan bertukar menjadi sungai.

Menyeberang jambatan merupakan perkara yang biasa di seluruh dunia. Tetapi di Kampung Banten di Indonesia pelajar perlu menyeberang sungai walaupun jambatannya roboh.

Sebarkan Artikel Ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat