8 Perkara Yang Harus Tahu Sebelum Membuka Aircond Kereta Anda
Saya baru mengikuti kursus gas leaking oleh Gas Malaysia 3 hari lepas. Ini sekadar berkongsi ilmu. Berikut adalah 8 perkara yang harus tahu sebelum membuka aircond kereta anda:
1. Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.
2. Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta, oksigen makin berkurang.
3 Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% sahaja, kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, tidak bangun dan tidak keluar dari kereta, maka kita akan collapse atau tidak sedarkan diri.
4. Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa tidak sedarkan diri tu kita masih bernafas dan apabila mencapai 10%, oksigen sudah tidak dapat dihantar ke otak dan sistem tubuh tidak dapat berfungsi, dan seterusnya menyebabkan kematian.
5. Apabila kereta bergerak okay sahaja kerana semasa kereta bergerak, oksigen akan masuk ke dalam kereta melalui enjin bukan hanya oksigen yang sama circulate.
6. Jika nak rehat macam tu memang boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.
7. Ketika jalan sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yang masuk ke dalam kereta adalah kurang. Itu adalah tanda yang kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas, tidak salah buka aircond dan buka tingkap sedikit.
8. Karbon monoksida dari ekzos bukanlah penyebab semata-mata kematian kerana karbon monoksida dari kenderaan juga terkawal melalui catalyst converter dan dilepaskan oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Untuk menyebabkn kematian, karbon monoksida ada certain ppm which is much higher than limit yang kenderaan lepaskan.
Semoga bermanfaat.
Tonton video dibawah untuk lebih mengetahui info yang selanjutnya: