4 Tips Mengelakkan Kecederaan Semasa Bersukan Dan 4 Tindakan Awal Apabila Berlaku Kecederaan Semasa Bersukan
Sebenarnya banyak cara dan Tips Mengelakkan Kecederaan semasa bersukan. Semoga beberapa tips yang kami sediakan untuk anda semua bermanfaat dan menjamin keselamatan anda semasa bersukan.
Keselamatan dalam sukan merangkumi pelbagai aspek sama ada persediaan fizikal mahupun persediaan peralatan. Persediaan fizikal meliputi aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan. Manakala persediaan dari segi alatan pula adalah sperti kesesuaian pakaian, alatan sukan dan peraturan pertandingan atau latihan.
Ramai dikalangan atlit mengalami kecederaan kerana mengabaikan perkara-perkara berikut. Jadi, sebagai langkah bagi mengelakkan kecederaan maka aspek keselamatan perlulah diutamakan sebelum, semasa dan selepas latihan, pertandingan.
Tips Mengelakkan Kecederaan Semasa Bersukan
1. Pakaian Yang Sesuai
Pakaian dalam sukan haruslah sesuai dengan saiz tubuh badan dan membenarkan penyejatan peluh berlaku. Pakaian yang diperbuat daripada kapas adalah sesuai dengan iklim negara kita kerana ia menyerap peluh.
Baju sukan yang sesuai di pakai adalah t-shirt dan seluar track serta tudung yang tidak terlalu besar dan labuh. Ini akan mengelakkan peningkatan suhu yang mendadak. Pakaian yang terlalu ketat akan menjerut peredaran saluran darah dan ia akan menjejaskan kesihatan dan prestasi atlit.
Pin pada tudung mungkin boleh tercucuk. Pakaian yang besar mungkin akan tersangkut pada dahan ranting atau tersungkur. Pemakaian selipar boleh melibatkan kaki terkehel dan sebagainya.
2. Peralatan Sukan
Penggunaan alatan sukan haruslah mengikut saiz badan pengguna, umur dan kekuatan pengguna itu sendiri. Lebih baik sekiranya menggunkan peralatan sukan dibawah pemantauan orang yang professional atau mahir dalam menggunakan sesuatu alat sukan itu.
Anda juga harus tahu menggunakan sesuatu peralatan sukan sebelum menggunakannya. Selain itu seperti ditaman permainan, anda harus mematuhi setiap arahan dalam menggunakan peralatan tersebut bagi mengelakkan latan itu rosak dan mampu mencderakan orang lain dan diri anda sendiri.
Sekiranya peralatan sukan itu melebihi kemampuan fizikal anda, jangan memaksa diri anda untuk melakukannya sebaliknya ubah mengikut kemampuan fizikal anda.
Selain itu, anda harus menggunakan alat pelindung seperti helmet, sinpad, sarung tangan dan sebagainya mengikut kesesuaian sukan yang anda lakukan.
3. Panaskan Badan Sebelum Bersukan
Tidak hairan lah ramai diantara kita yang mengambil remeh tentang memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti. Ada juga yang beranggapan bahawa aktivit memanaskan badan tidak penting.
Pemanasan badan sangat penting kerana ia membantu oto-oto kita untuk bersedia sebelum melakukan sebarang aktivit. Malahan ia dapat mengelakkan anda daripada mengalami kekejangan otot atau kesakitan semasa bersukan.
4. Padang Atau Gelanggang
Kawasan untuk bersukan mestilah bersih, mempunyai keluasan yang mencukupi, selamat dan tidak mendatangkan risiko kecederaan. Persekitaran yang bersih dan selamat membolehkan seseorang itu melakukan aktiviti dengan bebas.
Sebelum melakukan aktiviti kita perlulah memeriksa alatan atau kemudahan yang ada bagi mengelakkan kecederaan. Penyelenggaraan alatan sukan juga memudahkan aktiviti untuk diadakan. Selepas menggunakan peralatan sukan simpan ditempat yang selamat dan mudah diambil.
Sekiranya berlaku kecederaan, segera melaporkan kepada guru atau sesiapa yang menjadi pemerhati semasa kita melakukan aktiviti. Sentiasa membawa peti pertolongan cemas supaya kecederaan dapat diubati dengan segera.
Secara kesimpulannya adalah, sekiranya anda mengalami kecederaan semasa bersukan ataupun orang sekeliling anda mengelami kecederaan, anda boleh lakukan tindakan awal sebelum mendapatkan khidmat pakar. Langkah-langkah awal ialah RICE.
1. ‘R‘ Untuk ‘Rest‘ bermaksud rehat.
- Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
2. ‘I‘ Untuk ‘Ice‘ bermaksud ais.
- Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.
3. ‘C‘ Untuk ‘Compression‘ bermaksud memberikan tekanan.
- Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Tetapi balutan jangan terlalu ketat.
4. ‘E‘ Untuk ‘Elevation‘ bermaksud ampu sedikit tinggi.
- Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak atau edema. Sebaiknya anda membuat ampuan sekerap mungkin.