HERO BANJIR RAJA SHAMRI : Apa Yang Kita Nak Sebenarnya Dalam Hidup?
YM Raja Shamri Raja Husin merupakan seorang pemilik syarikat motivasi yang sedang menapak naik di Kelantan, Golden Minds Consultants yang beroperasi di Pasir Putih. Beliau merupakan seorang Orang Kelainan Upaya(OKU) yang dilahirkan dengan tidak sempurna sifat. Kaki kanannya tiada, dan beliau bergerak menggunakan kaki palsu. Jejari pada tangan kanannya juga bercantum. Namun semua ini tidak menjadi halangan bagi diri beliau untuk terus berjaya dan membantu insan-insan lain yang lebih memerlukan khidmat dan bantuan daripadanya.
Disini terdapat sedikit colesan yang dapat dikongsiikan daripada beliau:
Semalam saya berkongsi pendapat dengan sahabat baik saya saudara Latfy dari Latfy+Associates tentang kerjaya, impian dan mengejar mimpi…
Setiap hari kita bangun pagi kita pergi bekerja atau pergi ke kelas atau kuliah untuk mengejar impian dan cita-cita kita. Sehingga kadang-kadang kita jadi stress dek kerana kerja yg banyak, masa yang terhad dan perbezaan pendapat. Kita kadang-kadang terasa ingin melakukan banyak benda dan ingin mencapai banyak perkara dalam hidup… Kita impikan hidup kita agar jadi begini dan begitu.
Bukan itu sahaja, malah kita juga impikan orang sekeliling kita yang kita sayang jadi begini dan begitu mengikut apa yang kita nak. Orang yang kita tak sayang manapun kita juga ingin mereka jadi begini dan begitu.
Kerana itu kita jadi sibuk… Kita kejar untuk penuhi apa yang kita nak tersebut… Kita letak high expectations pada anak-anak kita, kerjaya kita, pasangan kita, bos kita dan sebagainya. Sehinggakan akhirnya kita penat sebab kita tak dapat apa yang benar-benar kita nak.
Kita rasa missing… Kita mungkin dapat beberapa perkara yg kita nak tersebut namun kita masih rasa ada ruang-ruang kosong yang menjadikan hati kita seperti rasa tak puas.
Terasa seperti ada benda yg kita tak dapat…
Apa sebenarnya yang kita nak ya? Bagi saya, sebenarnya kita nak 3 perkara dalam hidup ini:
- Tidur yang lena
- Makan yang selera
- Ibadat yang khusyuk
3 perkara ini menjadikan kita hidup gembira dan sihat rohani dan jasmani. Jika salah satu darinya tidak dapat kita miliki setelah berpenat lelah… Maka tarik handbreak sekejap and take break. Something wrong somewhere.
Duduk dan bermuhasabah diri sebentar…
Tanya diri kita… Apa yang kita kejar sebenarnya?
Apa yang kita nak dalam hidup?
Kereta mewah?
Rumah besar?
Anak-anak dapat result bagus dalam peperiksaan?
Naik pangkat?
Bertemu jodoh?Bukan…
Kita bukan nak kereta mewah tapi kita nak sampai ke destinasi dengan selamat on time.
Kita bukan nak rumah besar tapi kita nakkan kehidupan bahagia bersama keluarga even dalam rumah sewa atau rumah sementara yang dibuat oleh sukarelawan contohnya.
Kita bukan nak anak-anak dapat straight A tapi kita nak anak yang soleh dan solehah.
Kita bukan nak naik pangkat tapi kita nak rezeki yang berkat kerjaya yang menjadikan kita ada masa untuk beribadat dan ada ruang untuk bersedekah bantu orang miskin dan sebagainya.
Kita bukan nak bertemu jodoh tapi kita nak seorang suami atau isteri yang boleh membawa kita ke syurga Allah… Apalah guna kita kahwin dapat jodoh tapi perkahwinan itu membawa kita kepada kehancuran, kesedihan dan kesusahan yang bertimpa-timpa.
Jadi, bincang dengan suami, isteri, mak, ayah atau sesiapa sahaja yang patut…
Fikirkan…. Adakah kita hari ini memiliki 3 perkara tersebut:
- Tidur yang lena
- Makan yang berselera
- Ibadat yang khusyuk
Artikel ini sebagai peringatan untuk saya dulu pastinya. Wallahu’alam…
Dr. Raja Shamri Raja Husin