Cara Atasi Migrain
Sakit kepala atau migrain bukan sesuatu yang menyenangkan untuk seseorang individu. Ia juga boleh menganggu tugas seharian, malah boleh membuatkan kita hilang selera makan dan menaikkan tekanan. Selalunya apabila mengalami sakit kepala atau migrain, perkara pertama yang selalunya kita akan cari ialah ubat tahan sakit ataupun panadol. Kami ingin kongsikan 5 petua untukk hilangkan kesakitan yang ada alami dengan lebih berkesan.
5 Petua Hilangkan Migrain
1) Limau Kasturi
Ini adalah petua orang lama iaitu dengan menggunakan limau kasturi. Perah limau kasturi ke atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil-sambil kita ramas rambut, picit bahagian kepala yang terasa sakit ia akan mengurangkan kesakitan yang dialami. Kulit limau yang sudah digunakan tadi tidak perlu buang. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air bersih untuk di jirus ke atas kepala dan badan.
2) Elakkan MSG
Apa itu MSG? MSG adalah singkatan kepada Monosodium glutamat (MSG) yang ditambah ke dalam makanan untuk meningkatkan rasa yang lebih enak. Ia berasal dari asid amino, yang juga dipanggil asid glutamik. Ia wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Ramai orang yang mengalami migrain mendapati bahawa makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migrain atau lain-lain jenis sakit kepala. Kurangkan pengambilan MSG dalam makanan juga mampu mengelakkan anda dari sakit kepala dan migran yang melampau.
3) Rendam Kaki Dalam Air Panas
Dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas ia dapat menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan di bahagian kepala anda. Kaedah ini juga dapat menghilangkan migrain dengan lebih cepat.
4) Ais
Ais juga boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala. Anda hanya perlu menggunakan pek ais atau sekiranya tiada, gunakan sahaja ais yang dibalut dengan kain kemudian anda perlu gosokkan di leher dan kepala anda untuk merehatkan ketegangan di kepala.
5) Kacang Hijau, Garam Kasar & Lada Hitam
Ketiga-tiga bahan ini anda perlu letak atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat. Kaedah ini juga banyak digunakan kerana jika anda memijak atas bahan-bahan ini cas-cas negatif dari kepala anda akan mengalir ke dalam bahan tersebut.