KPDNKK Hantar 3 Sampel Beras Yang Didakwa ‘Beras Plastik

Sumber Rujukan : Sinar Harian

 

Gambar Hiasan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menghantar tiga sampel beras yang didakwa sebagai ‘beras plastik’ dari sebuah pasar raya di Kulai ke Jabatan Kimia.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Johor, Aris Mamat berkata, pihaknya telah membuat tinjauan ke pasar raya itu pada 7 Jun lepas dan mengarahkan agar produk tersebut tidak dijual kepada pengguna.

“Keputusan daripada sampel tersebut akan dikeluarkan secepat mungkin. Sekiranya benar produk tersebut mengandungi plastik, kita akan ambil langkah susulan bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pihak KPDNKK Johor hanya menerima satu laporan berkaitan kes ‘beras plastik’ ini dan akan mengambil tindakan sama sekiranya terdapat aduan lain.

Kes ini dilaporkan berlaku di Kulai dan sebarang tindakan larangan jualan hanya boleh diambil sekiranya memperolehi bukti yang kukuh.

“Produk beras tersebut dialamatkan di Kedah, jadi kita meminta bantuan daripada KPDNKK cawangan Kedah bagi membantu menentukan kesahihan produk berkenaan,” kata Aris.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat