Seorang Lelaki Merayu Di Bilik Lelongan Supaya Rumahnya Tidak Dilelong
Minggu lepas semasa di tempat lelongan saya di datangi seorang lelaki yang membawa anak dan isterinya dalam keadaan kelam kabut dengan riak wajah yang amat sedih.
Beliau menunjukkan pada saya satu surat dari peguam yang tertulis rumah beliau akan dilelong pada hari tersebut dan tanpa beliau sedar, sebenarnya saya adalah pelelong yang mendapat kesnya.
Owner: “Encik, di mana tempat lelong ini?” “Saya mau buat rayuan” “tolong saya encik”
Saya : “maaf Encik, saya memang tak boleh buat apa sekarang ni. xpe, sekarang apa kata abang pergi jumpa dengan Timbalan Pendaftar, mungkin dia boleh tolong.
Ketika berjumpa Timbalan Pendaftar :
“saya tak dapat tolong, awak kena jumpa dengan peguam plaintif(pihak bank)”
Kasihan pula saya tengok muka abg ni, saya membawa dia mencari peguam pihak bank pula.
PEGUAM BANK: “Encik, segala dokumen dan proses sudah lengkap dan sudah ada pembida yang datang, susah saya nak hentikan lelongan lagipun akaun pinjaman telah diblok dan skrg bank tuntut jumlah penuh tunggakan”
Saya cuba untuk memujuk peguam tersebut dan pihak mahkamah tapi hanya menemui jalan buntu kerana hanya arahan dari pihak bank saja kita boleh batalkan lelongan itu.
Si suami yang berbadan besar seakan2 Abam Bocey menitiskan air mata dan isterinya sambil memegang anak merayu “tolong encik, tlg kami encik, tolong encik!!!”
Saya tak mampu menahan hati saya apabila melihat anak kecil mereka membuatkan saya terbayangkan anak saya. Saya terpikir satu jalan terakhir…
SAMBUNGAN..
Saya semak siapa pembidan yang ada dan ada 4 org sahaja yang datang. Saya cari & panggil semua pembidan dan explain situasi si owner dan minta jasa baik mereka bincang dengan owner
Selama 12 tahun dalam bidang lelong jarang ejen atau sendiket akan lepaskan atau tarik diri tanpa “duit kopi” sebagai imbuhan kerja mencari buyer, marketing dan masa yang mereka spent sampai hari lelongan.
Saya cuba pujuk dan dan suruh owner rayu pada mereka hingga ke saat lelongan hendak bermula mereka berempat masih berkeras.
Saya masih tidak putus harapan dan minta owner masuk ke bilik lelong nanti dan merayu sekali lagi..
Menangis si owner teresak esak minta tolong kepada pembida, beliau tekad sebab rumah baru setahun beli dan byk duit dah keluar.
Timbalan Pendaftar memanggil owner, kami bercakap di belakang dan timbalan pendaftar berkata:
“Ali, awak cuba tanya mereka sekali lagi, sebab saya tiada kuasa batal atau tangguh lelongan lagipun semua dokumen dah lengkap. mereka kenal awak kan?”.
Sekali lagi saya panggil pembida dan borak dengan keempat2 pembeli atas dasar kasihan dan berperikemanusian dan saya tanya kepada mereka
“kalau kena your house or family tak boleh tolong ka?, mau duit kopi saya bagi.”
Biasanya kalau tak ada 1-2k seorang tak mau nye depa settle, sbb dah lost income komisenand waste time.
Akhirnya mereka berempat setuju dan semua tarik diri. Mereka cakapa pada saya :
“Ali, sekali lagi ini rumah masuk lelong kita mesti beli. kita tak boleh bagi chance lagi”
Untung si owner sbb mereka semua kenal saya dan saya pernah tolong mereka sebelum ini dan tak pernah minta satu sen pun. Saya suruh owner berterima kasih pada mereka.
Kes lelongan ditangguhkan dan saya minta dan nasihat si owner cari duit nak berjumpa pihak bank minggu yang sama settlekan tunggakan dan selamat rumah klu betul2 sayang dan pikir betapa susah nak beli nak maintain harta serta jgn sampai tergadai lelong lagi.
Itulah satu2 harta dan tempat bertuduh buat mereka.
Beliau beli tahun lepas pada harga RM165k dan bayar deposit Rm25k tak masuk kos2 lagi. Reserve Price Lelong RM100k just imagine klu terjual below MV or balance loan sure bankrap.
Sepanjang dalam bidang lelong dah beratus org sy tolong consult selamat kan umah dari dilelong.
NASIHAT: Kesilapan owner adlaah mengabaikan notis2 dari pihak bank dan muncul di saat2 akhir sedangkan jika dia berjumpa dan berbincang dengan pihak bank, perkara ini dapat diselesaikan dengan lebih mudah.
“Ukurlah baju di badan sendiri, jangan membeli mengikut emosi dan di luar kemampuan anda”
#Artikel ini ditulis oleh Mohd Ali Majis
Assalamualaikum En. Ali, terima kasih dgn sikap yg suka membantu tu,,
walau saya tak ada kaitan dgn kes diatas tu tapi terkesan juga saya.
Betul pendapat En. Ali beli rumah ikut kemampuan tapi sekarang mana ada rumah yg murah.. paling murah rm100k..
Saya sendiri masih tak ada rumah sendiri kerana tak mampu nak beli rumah,,
Nak beli tanah lot pun da cecah 30k ke atas..
Akhirnya sampai ke sudah tak berumah..
Semoga Allah murahkan rezeki En Ali. Salam, saya Zarim dari Hartanah AP Rakyat Berhad. We invest in real estate in Malaysia. We buy at 50% and renting it back to owner with an option to buy back their property at the same price we buy from them. If perlukan bantuan kami, sila call 010-3677246 (Zarim) Hartanah AP Rakyat Berhad