Jangan Terlepas Pandang ! Ini 5 Aksesori Kereta Bahaya Yang Tiada Fungsi Namun Boleh Mengundang Bahaya Pada Pemandu dan Penumpang
Penggunaan aksesori dalam kereta adalah perkara biasa untuk pemilik kenderaan. Penggunaan aksesori tambahan ini dikatakan dapat menawarkan kemudahan dan keselesaan yang tidak hadir pada kereta biasa.
Namun, ramai daripada kita yang terlepas pandang bahawa sesetengah aksesori kereta tidak sesuai untuk digunakan. Tanpa disedari, pemasangan aksesori tertentu juga boleh mengundang bahaya kepada pemandu dan penumpang.
Nak tahu aksesori apa yang bahaya untuk digunakan ? Jom kita semak beberapa aksesori yang boleh mengancam keselamatan ketika memandu.
5 Aksesori Kereta Yang Membahayakan Pemandu dan Penumpang
1. Karpet Kereta
Tidak salah untuk memasang karpet kereta tambahan. Namun ia boleh mendatangkan masalah jika saiz karpet kereta dipotong dengan saiz yang salah sehingga menyebabkan pedal brek tersangkut padanya.
Jadi, bila anda ingin pasang karpet kereta, pastikan ia dipotong dan dimuatkan dengan betul supaya tidak menghalang pemanduan.
2. Hiasan Pada Cermin Pandang Belakang
Cermin pandang belakang sering menjadi ruang buat pemandu untuk serlahkan personaliti masing-masing. Ada yang suka gantung tasbih, rantai dan aksesori kartun.
Ia bukan sahaja tiada fungsi, malah ia boleh menghalang pandangan serta membahayakan pemandu dan penumpang jika ditimpa kemalangan.
3. Alas Dashboard
Biasanya pemilik kereta akan meletakkan alas dashboard kononnya untuk memelihara keadaan dashboard. Mungkin pemasangan alas tersebut dilihat bergaya, namun ia boleh membahayakan keselamatan pemandu dan penumpang.
Dengan cara apa ? Alas dashboard ini akan menghalang airbag untuk keluar dengan sempurna sekiranya kemalangan berlaku. Jadi, tidak usahlah memasang alas dashboard untuk keselamatan sendiri.
4. Klip Seatbelt
Aksesori ini boleh dikatakan antara yang tidak berguna sekali. Kereta yang anda miliki telah dilengkapi dengan tali pinggang keledar yang dijamin keselamatannya.
Namun, sesetengah orang sanggup beli aksesori ini untuk hentikan bunyi penggera amaran yang berbunyi apabila tidak memakai tali pinggang keledar.
Penggunaan klip ini juga tidak menjamin keselamatan pemandu dan penumpang. Jika berlakunya hentakan yang kuat, ianya boleh tercabut. Lebih teruk lagi, insurans juga tidak akan cover jika anda didapati gunakan aksesori sebegini !
5. Stiker Pada Stereng
Sesetengah orang suka pasang stiker berlian pada permukaan stereng. Walaupun nampak mewah dan cantik, namun jika airbag dibebaskan, ianya akan terpelanting dan boleh mencederakan muka anda.
Walaupun aksesori-aksesori ini nampak cantik, namun ia tidak memberikan sebarang fungsi praktikal kepada kereta, malah ia boleh mengancam keselamatan pemandu dan penumpang.
Selain penjagaan kereta yang rapi, anda juga perlu pastikan kereta anda tidak memasang sebarang aksesori yang boleh mengundang bahaya. Dengan mengutamakan keselamatan, mudah-mudahan perjalanan anda lebih lancar dan selamat ke destinasi.
Sumber : Tiktok @wapcar_adrian