“Selamat Datang Ke Negara Coolandten” Respond Padu Orang Kelantan Ekoran Halau Keluar Dari Malaysia
Pilihan Raya Umum kali ke 15 ini tidak seperti sebelum ini. Jika sebelum ini, selesai sahaja kiraan dan pengumuman undian, Perdana Menteri terus diumumkan. Namun sekarang, ianya berbeza memandangkan tiada parti yang menang majoriti.
Tidak dinafikan, semangat Pilhan Raya Umum tahun ini lain macam. Langsung tidak sama dengan sebelum ini. Tempoh menunggu pengumumam siapa yang menjadi pemimpin Malaysia agak lama. Sehingga hari ini, rakyat Malaysia masih tertanya-tanya walaupun sudah 2 hari berlalu.
Dalam keriuhan siapa yang menjadi Perdana Menteri, timbul pula kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Kelantan.
“Selamat Datang Ke Negara Coolandten” Respond Padu Orang Kelantan Ekoran Halau Keluar Dari Malaysia
Pasti ramai dalam kalangan rakyat Kelantan yang terasa apabila ada pihak yang menulis di Twitter agar Kelantan dikeluarkan dari Malaysia. Ekoran itu rakyat Kelantan mula berseloroh dan memikirkan nama yang baru bagi negara Kelantan.
Susulan itu, video yang dikongsikan oleh ny.exclusive menerusi aplikasi TikTok cukup menarik perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi warga negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Video yang memaparkan pemandangan salah satu tempat di Kota Bharu dengan caption “Selamat datang ke negera Coolandten cukup menghiburkan orang ramai.
Ramai dalam kalangan warga TikTok yang mana juga merupakan rakyat Kelantan yang turut memberi nama bagi daerah masing-masing. Daerah-daerah tersebut seperti golden sand (Pasir Mas), phasir phuteeths (Pasir Puteh), PenCarLand Chairfour (Pengkalan Chepa dan beberapa lagi nama yang cukup menarik dan melucukan.
My mom from golden sand..
Menjengah lagi ke ruangan komen, pelbagai lagi komen dan maklum balas yang membuatkan ramai tidak kering gusi. Bukan sahaja orang Kelantan yang tertarik untuk meninggalkan komen malah ada juga rakyat Negeri Selangor yang menyatakan dirinya terhibur.
“From selangor but TERHIBUR HAHAHAHA COMEL BETUL HAHAHAHAHAHHAH” – tulis pemilik akaun JANGAN PAKSA LETAK NAMA
Dalam masa yang sama, ramai warga TikTok dari beberapa daerah di Negeri Kelantan meninggalkan komen menyatakan mereka dari Pasir Mas, Pasir Puteh, Jeli dan beberapa lagi daerah. Namun ejaan bagi daerah tersebut cukup melucukan.
“my mom from golden sand . my dad from jelifornia .im coolandten citizen . but now i working in malaysia’, tulis Najwa_Ibrahim.
“I’m from PenCarLand Chairfour…ngonar airports”, tulis MexicoBun
Mungkin perkara tersebut tidak perlu diambil endah dan boleh sahaja dibuat gurauan. Namun tidak bagi mereka yang sensitif dan faham akan isu tersebut. Sekadar makluman, negeri Kelantan merupakan antara negeri yang paling lama dan setia dengan parti PAS.
Walau apapun, pendirian rakyat Kelantan tetap teguh. Tetap parti PAS menjadi pilihan kebanyakan rakyat negeri tersebut. Kelantan Darul Naim ini hampir sinonim dengan PAS memandangkan negeri tersebut telah diperintah oleh PAS sejak tahun 1990 lagi.
Kelantan ini terbahagi kepada 11 jajahan iaitu Kota Bharu (ibu negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Gua Musang, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.
Sumber: ny.exclusive
Baca juga: Jalin Hubungan Dengan Suami Orang, Wanita Ini Salahkan Pelakon Tak Reti Jaga Suami