Petua Hilangkan Sakit Gigi


Sakit gigi merupakan penyakit yang semua orang tahu memang amat menyeksakan dan segala peringkat umur mengalaminya.  Malah, segala kerja yang ingin lakukan memang tidak akan terlaksana kerana rasanya sangat memeritkan. Perkara yang pertama untuk hilangkan sakit gigi adalah dengan berjumpa doktor gigi. Namun tidak semua tahu akan petua hilangkan sakit gigi yang berkesan. Petua ini amat berguna bagi yang tidak berkemampuan untuk mendapat rawatan doktor gigi.

Petua Hilangkan Sakit Gigi

1. Bersihkan plak pada gigi

Petua Hilangkan Sakit Gigi

 

Petua hilangkan sakit gigi yang pertama adalah dengan berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine. Hal ini kerana plak merupakan punca kita sakit gigi. Amalakan 3 kali sehari selepas memberus gigi untuk mendapatkan kesan yang baik.

2. Minyak Gamat

Petua Hilangkan Sakit Gigi

Ramai yang tidak tahu akan khasiat ubat gamat untuk merawat sakit gigi. Caranya adalah dengan letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian gigi yang sakit.

3. Air Garam dan Limau Nipis

Rabus garam dengan air dan limau nipis yang telah dihiris sehingga mendidih. Kemudian biarkan sehingga air rebusan tadi suam dan berkumurlah. Amalkan setiap hari sehingga sakit gigi hilang.

4. Daun Serai

Tumbuk sehingga hancur daun serai dan masukkan ke dalam air panas serta tambah sedikit garam. Kemudian gunakan air serai ini untuk bahan berkumur sahaja.

5. Lidah Buaya

Letakkan isi lidah buaya di bahagian gigi yang sakit dan dalam massa 2-3 jam dapat menghentikan rasa sakit.

6. Asam Jawa

Goreng asam jawa beberapa minit, seterusnya bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Kemudian tumbuk kesemua bahang sehingga lumat dan tampalkan pada bahagian gigi yang sakit.

7. Tomato Muda

Letakkan tomato yang dibelah dua di bahagian gigi yang sakit. Jika gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya. Selepas itu berkumurlah dengan air bersih apabil rasa sakit sudah hilang.

8. Bawang Putih

Hiris bawang putih dan letakkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. InshaAllah, anda akan terasa kesannya.

Kesimpulannya

Sakit gigi amatlah menyakitkan dan sesiapa yang mengalaminya pasti rasa tidak senang duduk dan segala kerja akan terbantut. Namun untuk mengelakkan dari mengalami sakit gigi hendaklah sentiasa menjaga kesihatan gigi dengan menggosok gigi setiap hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat