Wanita Ini Kongsi Tips Kumpul Duit Dalam Beberapa Bulan
Amalan menabung sangat bagus kepada mereka yang ingin mendirikan rumah tangga atau ingin melancong bersama keluarga. Mungkin juga untuk keperluan peribadi. Disini saya kongsikan tips kumpul duit dalam beberapa bulan.
Namun, ada yang tidak konsisten menabung dan kecundang akhirnya. Yang paling penting, dalam menabung kena berdisiplin dan istiqamah.
Melalui laman sosial Facebook, Nurul Shahida berkongsi caranya menabung dalam masa lapan bulan. Perkongsian wanita ini mendapat banyak respon positif dan membuktikan cara itu berhasil untuk mereka yang mahu menabung.
Perkongsian daripada Puan Shahida
Tabung 2018 selamat d operate ?? start 1 MEI – 30 DEC selama 8 bulan .. Dah penghujung tahun ramai yg clossing acc pecah tabung .. Org laen dah lama buat , sy bru start tahun ni tu pom dah lewat .. Alhamdulillah berjaya disiplin dan istiqomah .. Jika kita berniat insyAllah menjadi ..
Terlebih dahulu sy ingin memoh0n maaf xde niat nak riak atau menunjuk-ii , just nak sharing kpada smua supaya bersemangat untuk menabung .. Xsemestinya RM10 , RM20 sehari .. Menabunglah walaupon 10 sen shari ? .. Sikit-ii lama-ii jadi bukit ..
Ni smua hasil sy jual on9 cr0chet bby hasil tangan sendri .. Siang malam buat kdg2 1,2 jam shaja tido shari .. Nak dpatkan sbanyak ni pom ? bukan senang nak senang kan ? Simpanan ni hanya 45 % shaja dr hasil jualan sy untuk tahun ni.. Lagi 55% dah bnyak terbang hilang entah kmana ??
Cara-ii saya menabung selama 8 bulan ni boleh la tngok pada gmbr d bawah .. Walaupon hasil nya xde la bnyak sngt , dpt la collect RM2605.70 ?? .. Lg 2 hari nak masuk tahun baru .. Jom la kita berazam bru untuk lg smangat menabung walaupon 10sen shari insyaAllah hasil dpt membanggakan diri.. Semoga kita smua disiplin dan istiqomah dalam menabung ..
Sat g simpan dalam tabung haji anak-ii
Tabung RM5
Tabung RM10/RM20
Tabung RM1 ( Anak-ii )
Tabung pendidikan anak-ii.. ( 2 orang)
Wajib RM1 sehari .. Kalau ade lebih sy masukkan lebih
584keping – RM584
Tabung RM5
Ade je wrna hijau dalam wallet trus masuk tabung , anggap je xbernilai .. Bukan 1 keping shari , simpan time ade je ..
102 keping – RM510
Tabung suka hati
Kalau ade 5,6 keping , wajib la simpan satu atau dua keping .. Klau ade lebih sy masukkan lebih ikop kmampuan masing-ii , jngan ko snggup ikat perut lak gara2 nk simpan lebih ..hihi
Merah 54 keping – RM540
Oren 46 keping – RM920
Total semua – RM1460
Tabung duit syiling
Yang ni jenuh nak kira ?? .. Tiap kli nak penuh ada je ko p tukar kedai ikan la , kdai runcit la bila nak penuh ..huhu total rm200 lebih dah p tukar .. Tinggal hak ni je dapat la RM51.70 ?