10 Perkara Pantang Larang Bayi Baru Lahir Yang Wajib Di Ambil Tahu


Bayi adalah anugerah dari Allah SWT dan membawa kegembiraan yang tak ternilai dalam hidup anda. Cuba kita lihat 10 Perkara Pantang Larang Bayi Baru Lahir yang wajib diketahui dan diambil berat supaya dia selamat sentiasa.

1. Jangan bagi orang cium bayi

Pada minggu pertama kehidupan seorang bayi, pendedahan pada bakteria dan kuman boleh beri masalah serius. Kerana sistem imunisasi bayi masih belum berfungsi sepenuhnya. Pastikan pelawat dalam keadaan sihat.

2. Suasana sunyi tidak akan buat anak lena

Sesetengah orang anggap bayi perlukan tempat yang sunyi untuk tidur. Tidak perlu ya. Semasa bayi dalam rahim dia sudah terbiasa dengan bunyi bising. Jadi suasana sedikit bising tidak beri masalah kepada bayi.

Biarkan bayi terbiasa dengan suasana bising itu.

3. Jangan malas tukar lampin

Jangan sebab nak jimat, biarkan lampin bayi lama-lama. Anda perlu kerap tukar lampin sebab kulit bayi lagi sensitif. Hal ini demikian kerana, bayi yang baru lahir lebih kerap membuang air berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.

4. Jangan beri puting

Jangan la sampai bayi baru lahir tu dah diajar puting. Kesian dia. Gusi masih lembut. Secara tak langsung beri puting pada peringkat awal boleh menganggu jadual pemakanan bayi. Beri susu badan atau susu ibu lagi baik kan?

5. Jangan pandang remeh soal anak demam

Ibu ayah take noted ya. Demam yang terlalu tinggi ketika bayi kecil boleh membahayakan bayi dan boleh mengakibatkan bayi mudah kena sawan. Bila suhu badan bayi naik, jangan sesekali pakaikan selimut. Bawa bayi ke klinik berdekatan untuk rawatan lanjut. Hal ini memang sering berlaku dan ibu bapa perlu selalu waspada.

6. Jangan excited gayakan pakaian bayi

Bila dapat anak, mula la seronok nak gayakan anak baju la, reben la, macam-macam. Lagi-lagi anak perempuan. Nak gayakan boleh, tapi jangan sampai menyiksa bayi sendiri. Dengan pakaikan anak headband yang ketat, baju renda-renda sampai rimas bayi itu.

7. Jaga pemakanan anak

Jangan pandai-pandai bagi bayi baru lahir makan makanan bayi berusia 6 bulan ke atas ya. Jangan nak lenyek nasi, bagi bayi makan. Sembelit nanti kasihan bayi. Beri makanan ikut yang disarankan oleh doktor ya.

8. Jangan lupa temujanji doktor

Sangat penting untuk hadir temujanji doktor mengenai anak. Jangan sesekali skip. Ini penting untuk pastikan bayi sentiasa sihat dan perkembangan bayi baik.

9. Jangan terus share gambar di media sosial

Ramai yang anggap perkara ini remeh. Bagi dia, nak kongsikan berita gembira ini pada semua orang. Tetapi anda perlu tahu, bayi berumur bawah 40 hari mengalami dua jenis gangguan iaitu gangguan rohani dan fizikal. Gangguan rohani seperti Ain dan Ummu Sibyan.

10. Jangan lupa azan & iqamah

Jangan sampai excited nak bergambar dengan anak sehingga lupa pada benda penting ini. Ini adalah adab menyambut bayi baru lahir dalam Islam ya. Azan dan iqamah boleh menghalau syaitan yang sentiasa tertunggu-tunggu saat kelahiran bayi.

Akhir kata: Senarai pantang larang bayi baru lahir ini mungkin sebenarnya lebih panjang lagi, tetapi kesemua yang telah di senaraikan ini merupakan antara perkara penting yang anda perlu ingat dan ketahui.

Semoga anak ini akan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah serta seorang yang bijak pandai.

Satu komen untuk “10 Perkara Pantang Larang Bayi Baru Lahir Yang Wajib Di Ambil Tahu”

  1. Siti juliha says:

    *bhgia mndpt ank pertma..*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat