Saya Nasihatkan Beliau Supaya Dapatkan Nasihat Undang-Undang Yang Betul Sebelum Merapu Di Media
“TERUSKAN usaha, Mario… $$$, sila bawa saya ke mahkamah kerana saya tidak pernah merasa ke mahkamah dan saya ingin merasainya,”
Reaksi Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap hasrat bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez yang mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik JDT itu, selepas jurulatih dari Argentina itu mendakwa tidak menerima bayaran gaji.
Isu ini timbul selepas Mario Gomez bercadang mahu membawa kes tersebut ke peringkat tertinggi dengan merujuk kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selain berhajat mengheret TMJ khususnya ke mahkamah.
”Kami akan bertemu antara satu sama lain di mahkamah tidak lama lagi. Mereka tidak mahu membayar gaji saya. Saya dan peguam saya sedang membuat persedian membawa kes ini ke FIFA.
”Saya akan menyerahkan beberapa dokumen sensitif kepada FIFA,” kata Gomez seperti yang dilaporkan oleh The Malay Mail Online
Di samping itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan ” Saya, Tunku Mahkota Johor, tidak perlu saya nyatakan berapa banyak wang yang saya ada. Masuk akal atau tidak AS$60,000 (RM243,784) tidak mampu saya bayar? cc: Kepada ‘page-page’ yang obses kepada JDT,” katanya menerusi laman sosial Facebook JOHOR Southern Tigers, hari ini.”
Dalam pada itu PBNJ dan JDT melalui sebuah kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook kelab tersebut oleh Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak JDT memberikan penjelasan mengenai tuduhan yang dibuat oleh Gomez.
Menurut Alistair Edwards, pihaknya pada awal tidak mahu memperbesarkan hal tersebut namun mengubah fikiran selepas Gomez bertindak membawakan perkara itu kepada pihak media.
Malah, Alistair Edwards turut menyangkal tuduhan yang dilemparkan oleh Gomez bahawa JDT berhutang pembayaran gaji kepadanya.
Ujarnya lagi, Gomez sepatutnya tidak bertindak sedemikian kerana mendakwa pembayaran gaji kepadanya dilakukan mengikut seperti perjanjian kontrak yang ditandatangani.
Berdasarkan sebahagian daripada kontrak tersebut, Gomez dikehendaki membayar gaji pembantunya iaitu Raul Longhi. Pada peringkat awal, Gomez bertindak membayar jumlah ini secara terus kepada Raul Longhi sebelum dia meminta kepada Setiausaha Kelab JDT pula yang membuat pembayaran terus tersebut.
Oleh itu bermula dari tahun 2015, Alistair Edwards memberitahu bahawa JDT telah membuat pembayaran tersebut secara terus kepada Raul Longhi melalui pemotongan gaji Gomez berdasarkan permintaan khususnya selaras dengan kontrak yang ditadantangani.
Melalui kenyataan tersebut juga, JDT menafikan dakwaan bahawa mereka tidak menjawab surat yang dihantar oleh Gomez kepada kelab tersebut.
Kita ada saluran perundangan yang betul di mahkamah dan bukannya cuba menarik polemik kosong dengan memulakan perbicaraan melalui media.
“Barisan peguam kami telah bersiap siaga dengan segala fakta dan asas yang kukuh, kerana kita yakin tindakan diambil sebelum ini adalah bertepatan dan selari dengan undang-undang,” kata Edwards.