Tips Kurus – Makan Buah Nanas Setiap Hari, Turut Bantu Cantikan Kulit


Rakyat Malaysia pada ketika ini seakan-akan sangat taksub untuk kurus. Sehinggakan banyak produk kurus  yang dijual di pasaran mendapat sambutan hangat. Tidak kira sama ada produk berbentuk pil, minuman mahupun jeli.

Bukan sekadar produk namun ada juga teknik dan cara lain yang disediakan oleh sesetengah pihak. Contohnya menyediakan perkhidmatan sedut lemak, masukkan belon dalam perut dan sebagainya.

Kenapa mereka yang mempunyai berat badan berlebihan ini terlampau taksub untuk kurus? Adakah kerana mahu kesihatan mereka terjamin atau hanya mahu kelihatan cantik semata-mata. Jawapannya? Ada pada diri anda sendiri.

Namun suka diingatkan, jagalah pemakanan anda sebaik mungkin. Mahu kurus dan cantik jangan makan dan guna produk sebarangan. Adalah lebih baik jika makan makanan yang semulajadi sahaja seperti buahan dan sayuran.

Tips Kurus – Makan Buah Nanas Setiap Hari, Turut Bantu Cantikan Kulit

 

Antara buahan yang boleh bantu anda menurunkan berat badan adalah buah nanas. Buah nanas ini merupakan antara buahan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Malah buah nanas juga antara buah yang paling giat ditanam dan didagang.

Mempunyai banyak kebaikan, buah ini juga mampu menjadikan kulit anda kelihatan lebih cantik. Bukan itu sahaja, dengan makan buah nanas ini ia dapat memberikan mood yang baik kepada kita. Nak tahu lebih lanjut? Jom ikuti info yang dikongsikan oleh Dr Rizal.

Buah nanas vitamin anti stress

Persediaan untuk makan malam – Nenas. Balik rumah tengok CikPuan isteri sudah beli nenas. Macam tahu tahu sahaja.

Nenas adalah superfood. Penting untuk hanpir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.

Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.

Vitamin yang cantikkan kulit.

Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.

Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas.

Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik.

Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.

Apa kata cuba hari ini? Boleh boleh?

buah nanas

Hanya dengan buah nanas namun ia dapat menurunkan berat badan, mencantikkan kulit dan memberikan mood yang baik kepada kita. Tidak semahal produk yang berada di pasaran, namun buah ini cukup banyak khasiatnya.

Jadi, jom kita amalkan sekarang. Memang tak menyesal punya jika bazirkan duit kepada buah-buahan demi kesihatan dan kecantikan diri sendiri.

Sumber: DrRizal Abu Bakar

Baca juga: Berhenti Minum Jus Buah Walaupun Tanpa Gula, Doktor Ini Jelaskan Kenapa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat