HARI PERTAMA GST : Jom Join Gaban Support Team Dan Pantau Bersama Perlaksanaan Percukaian Baru Ini
Tadi beli topup RM10, tapi kena bayar RM10.60. Kita memang tahu pun KPDNKK kata topup tak kena caj GST.
Tapi, saja nak pejam mata. Kita beri peluang ilmu GST ini perlahan-lahan dipelajari (Pembetulan: TERPAKSA belajar).
Kemudian, dia bagi kad topup, tapi tak keluar resit. Saya minta cara sinis, “Aik, saya kena GST, tapi takkan resit kena caj pula?”
Tersipu-sipu dia, “Hehe, maaf ya, patutnya awak kena minta.” Lalu dia keluarkan resit dari mesin.
Terkejut saya. “Aik, dalam resit cuma tulis RM10. Mana lagi RM0.60 untuk GST?”
Tersipu-sipu lagi sekali, “Hehe, saya tak pandai key-in term GST. Petang nanti anak saya balik key-in untuk saya.”
Saya tak senyum, tak marah, berlalu pergi dengan segera. Nasib baik saya tak tanya nombor pendaftaran syarikat GST. Hehe.
Kami faham, peniaga baru nak aplikasi GST, ada juga yang belum faham. Jadi, kami dari Persatuan Gaban Support Team (GST) berehat dari kerja adu-mengadu.
Dah tak larat nak buat laporan sepanjang bulan ini. Kiri kanan depan belakang. Banyak sangat penindasan. Tak boleh elak.
Kita berehat dulu. Bulan depan, siaplah. Ahli kelab dah bertambah ni. Lagi-lagi, haritu KPDNKK kata tak cukup pegawai, kan? Hehe.
Al Irfan Jani
Presiden
Gaban Support Team
Tak berdaftar. Tak bergaji.