Tun Mahathir seorang yang sangat petah dalam memberi ucapan dan berani dalam menyatakan idea dan pandangan beliau
Kali ini kami akan kongsikan satu penulisan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook yang menyatakan tentang teknologi yang digunakan semasa menyampaikan ucapan oleh Tun Mahathir.
Sebagaimana yang kita tahu, Tun Mahathir seorang yang sangat petah dalam memberi ucapan. Beliau juga seorang yang berani dalam menyatakan idea dan pandangan beliau dalam sesuatu perkara. Keberanian dan kepetahan beliau bukan sahaja didalam negara malah turut disegani diseluruh pelosok dunia.
Namun adakah kepetahan beliau semasa memberi ucapan yang dilontarkan secara spontan atau mengikut teks yang sudah disediakan?
Semalam apabila aku tonton ucapan Tun M di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York. Aku perasan ramai yang duk komen “wow hebatnya Tun speak without text!” “he speaks from his mind!”. “This is why he’s different from PM6!”. With all due respect, aku salute Tun M punya eloquence (kepetahan) dan karisma. Sejujurnya PM6 pun tak boleh saing dari segi ini. Tu fakta yang terbukti sejak 30 tahun lalu. Tapi kita pun kena ada expectation yang rasional tentang manusia.
Sebenarnya Tun M baca dari teks, cuma kita tak nampak sebab alat “teleprompter” yang memapar teks tu kelihatan transparent kalau dipandang dari sudut audiens. Sejak ada teleprompter ni, semua orang boleh jadi pemidato yang hebat sebab tak perlu tunduk kepala baca teks. Ia membolehkan eye contact (sebenarnya pandang kiri kanan untuk baca teks).
Korang boleh cari video “Obama without teleprompter” tengok macam mana beliau tergagap bila teleprompter tak berfungsi.
Sebenarnya ucapan pemimpin-pemimpin tertinggi ni bukan ditulis oleh mereka sendiri, tapi oleh staf-staf mereka termasuk penjawat awam yang korang anti sangat kata tak ada kerja tu. Untuk ucapan Tun M di UNGA ni, kita kena faham ia adalah nukilan pegawai-pegawai di Wisma Putra dan Pejabat Perdana Menteri (termasuk PTD ye).
Selepas teks disiapkan oleh pegawai macai bawahan 41/44 macam aku ni, ia akan dihantar kepada bos, pastu kepada bos punya bos, dan akhirnya bos punya bos akan hantar teks itu kepada PM melalui PMO, dan Tun M akan bagi sedikit “final touch” kepada teks sekiranya ada masa.
Misalnya macam komen “new colonialism” tu sure datang dari Tun M sendiri. So apabila korang duk puji speech Tun M power, secara tidak langsung korang pun acknowledge dan recognize usaha dan kepoweran penjawat awam kita.