[VIDEO] Lupa Nak End Live, Sajat Popularkan Diri Hanya Dengan Tidur


Tidur merupakan antara sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Sebagai manusia biasa dan ingin kekal sihat, waktu tidur haruslah dijaga dengan sebaik mungkin. Lihat berapa ramai yang hidup dalam keadaan tertekan gara-gara tidak mendapat tidur yang cukup.

Dengan tidur yang cukup dan teratur, aktiviti seharian kita juga akan turut mudah dan pastinya tiada gangguan dengan rasa mengantuk dan tidak secap badan. Tidur bukan sahaja untuk merehatkan minda dan badan namun dia mengecas kembali tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Bersyukurlah apabila kita diberi peluang untuk tidur kerana berapa ramai mereka di luar sana yang mungkin mengalami masalah susah tidur ataupun tidak boleh tidur. Pastinya ia memberikan kesan yang buruk kepada tubuh badan.

[VIDEO] Lupa Nak End Live, Sajat Popularkan Diri Hanya Dengan Tidur

Dengan tidur ini bukan sahaja membuatkan badan kita bertambah segar namun turut lebih mempopularkan Sajat, antara individu atau selebriti Malaysia.

Walaupun Sajat atau nama sebenarnya Nur Sajat Kamaruz Zaman sudah dikenali ramai namun kini dia semakin popular setelah videonya  yang sedang tidur dari live TikTok tular di aplikasi itu. Sejak awal pagi tadi lagi, warga TikTok sibuk memperkatakan hal tersebut.

Tidak tahu bagaimana cerita sebenar, samaada Sajat tertidur ataupun dia sudah menamatkan live tersebut sehinggakan pengguna TikTok sempat merakam saat Sajat sedang tidur kemudiannya memuatnaik kembali.

Namun ada juga warga TikTok mendakwa live tersebut tersekat beberapa kali dan kemudiannya Sajat bangun dan terus menamatkan live tersebut.

Bagaimanapun, sekali lagi Sajat secara tak dirancang menviralkan atau mempopularkan dirinya dengan video sedang tidur berserta dengan dengkur sahaja. Menerusi video yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok rolexnotforex.

Menerusi video yang dikongsikan itu, jelas kelihatan Sajat yang berbaju merah dan berselimut kelabu sehingga paras tekak itu sedang nyeyak tidur. Turut kedengaran dengkurannya.

Dengkur dia bunyi macam suami saya..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi yang ditinggalkan oleh warganet. Bukan sahaja ramai yang terhibur dengan video tersebut namun ada juga meninggalkan komen menyatakan, zaman sekarang nak dengar orang lain dengkur tak perlu tinggal serumah.

“Jaman sekarang, even tak serumah tapi boleh merasa dengar orang lain dengkur. Walau jauh beribu batu”, tulis Kakmunah1979.

Dalam masa yang sama, ada juga menyarakan dengkur sajat seperti dengkur suaminya. “Dengkur dia bunyi macam suami saya” – sue_mohamad

Tidak kurang juga ada yang menulis, Sajat tidur kelihatan relax sahaja. Kalau dia dah ternganga. “Relax je dia tidur yang ek, kalau aku dah terngaga dah” – _hxnoi

video-sajat-tidur1

Walaupun hanya sekadar tidur, live Sajar sedang tidur itu turut mendapat tontonan yang ramai. Kira-kira 3 ribu 2 ratus orang yang menonton Sajat sedang tidur.

Kredit: TikTok rolexnotforex

Baca juga:Pernah Viral Sebelum, Kenapa Hanafi Bakal Penjarakan Bekas Isteri?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat