Berapakah Harga Kereta Yang Sesuai Dengan Gaji Saya?
Persoalannya, berapakah harga kereta yang sesuai dengan gaji saya? Pada zaman modern ini, ramai yang ingin memiliki kereta sendiri namun faktor kewangan menyebabkan keinginan itu terhalang. Ramai yang akan mencari kereta yang murah atau kereta harga yang murah untuk dibeli bagi memudahkan urusan pergerakan harian. Kereta yang sesuai untuk dibeli perlu juga melihat kepada gaji diri kita sendiri.
Rule of thumb, beli kereta yang berharga tak lebih setahun gaji bersih kita.
Kalau gaji kita RM5,000 sebulan, beli kereta berharga tak lebih RM60,000 (RM5,000 x 12 bulan).
Kalau gaji RM10,000 sebulan, beli kereta tak lebih RM120,000 (RM10,000 x 12 bulan).
Kalau nak beli kereta RM240,000, pastikan gaji bersih kita sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan.
Sekiranya kita ikut rule of thumb ini, insya-Allah kita tak stress sangat nak buat bayaran bulanan nanti.
Kalau gaji tahunan kita tak cukup untuk beli apa-apa kereta (mengikut rule of thumb di atas), elok tangguhkan dulu niat nak beli kereta.
Cari alternatif lain. Beli motorsikal. Atau, gunakan pengangkutan awam.
Di zaman serba modern ini. Kalau family ada satu kereta pun cukup untuk isteri guna, yang laki pakai grab combo dengan mrt. pergi office naik mrt, meeting luar naik grab.
Selalunya, kebayakkan orang-orang muda apabila mereka dapat gaji untuk setahun, mereka akan cari kereta “second hand” yang murah dan sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Contohnya seperti kereta Kelisa, Viva, Axia, serta Myvi.