Kategori Kategori Bikers Di Malaysia
Sumber Rujukan : Kapcai Jahat Kaki Tapau
- Bikers Kental
- Rider bikers kental ini jenis suka ride tidak kira masa. Asal ada yang petik dalam WhatsApp terus on tidak kira dimana tempat tujuan dan tidak kira panas atau hujan. Sanggup berhabis duit asalkan dapat berjalan.
- Bikers Selfie
- Jenis bikers ini suka berselfie. Asalkan turun sahaja dari motor, mesti nak berselfie. Dan paling pantang jika kawan-kawan nak bergambar dia lah yang paling hadapan skali. Sebenarnya yang lain-lain tu nak juga berselfie. Tapi malu.
- Bikers Kenduri
- Bikers jenis ni paling suka diajak pergi kenduri. Asalkan ada jemputan kenduri mesti dia turun. Tetapi bikers jenis ni kurang gemar jika diajak berkonvoi atau lepak-lepak yang tidak mendatangkan faedah.
- Bikers Aksessori
- Bikers jenis ni setiap kali TTS/’Teh Tarik Session’ ada saja pasang benda baru. Kadang-kadang sebulan sekali tukar decal atau colour. Setiap kali keluar rumah mesti lengkap dgn jaket, glove, riding boots walaupun tempat nk dituju hanye 7E nak beli topup RM5. Apa2pun SAFETY FIRST.
- Bikers Dua Sejoli
- Bikers jenis ni selalu keluar berteman. Asalkan ade ride mesti keluar bersama. Tetapi awas, bikers ni paling pantang jika ada yg cucuk ekor moto sebab nak cuci mata. Pastikan rider ni tidak pakai sidemirror. Boleh curi-curi follow.

- Bikers Kaki Pecut
- Berhati-hati dengan bikers jenis ini. Amat pantang jika ada motor-motor lain yang berani potong. Jika ada yang potong pasti dikejarnya. Bikers jenis ni juga tidak sabar jika orang dihadapan terlalu perlahan. Kadang-kadang bila tengok dah macam “Menggelabah Dayak Plak”
- Bikers Kaki Sembang
- Bikers jenis ni paling digeruni. Jika bersembang dgn rakan-rakan dialah paling hebat. Apa saja topik perbualan masa TTS semua dia tahu. Dari A sampai lah Z apa yg dibicarakan semuanya tipu belaka.
- Bikers Rare
- Yang jenis ini sgt mementingkan barang-barang rare dan original. Jika boleh dengan skru-skru motor beliau semua adalah original kilang. Bikers jenis ini gemar menyimpan moto di dalam rumah daripada keluar menghabiskan masa.

- Bikers Jimat
- Kategori ni paling disegani rakan-rakan. Bikers ini bijak merancang sesuatu. Apabila minum bersama rakan-rakan selalu memberi alasan tertinggal beg duit atau waktu mamak kira. Dia pergi bilik air menghilang.
- Bikers Slow
- Bikers jenis ni yg paling slow dlm kumpulan. Bikers ini tidak gemar ride laju dan amatlah berhati-hari. Biasanya setiap kali konvoi rakan-rakan terpaksa menunggu dia sebab slow. “Biar Perlahan Asalkan Selamat”
- Bikers Kaki Karaoke
- Asal ada TTS saja ajak karok. Lepas dia,dia. Lepas dia,.dia. Dia saja yang melalak.
- Bikers Chinggeh
- Setiap kali TTS bertukar ganti Pilion dia. nak show-off pada kawan-kawan. Kalau ada geng macam ni. Cepat-cepat minta dia belanja bayar makan. mesti dapat punya.
- Bikers Takut Bini
- Dalam group WhatsApp sembang mesti kencang. Tapi bila TTS, tidak pernah nampak batang hidung. Biasanya rider macam ni masuk tahun kedua atau ketiga akan letgo motor dalam Mudah.my. Tidak tahan bini bising apa-apa pun, Family First sebab kalau kita jatuh motor, patah kaki, bini lah yang jaga. kawan-kawan datang melawat sahaja.
- Bikers Kaki Kutuk
- Selain bincang hal ehwal motor dalam group WhatsApp, suka plak kutuk-kutuk perihal yang berlaku pada group lain. Lepas itu racun dan kecam admin yang bagus. Kalau yang tidak bagus, tidak puka dikecam.
- Bikers Menunjuk-Nunjuk
- Biasanya selalu sangat buat-buat salah post dalam group WhatsApp. Macam-macam dipostnya dengan tujuan nak menunjuk-nunjuk apa yang dia ada. Kadang-kadang bukan dia punya.
- Biasanya selalu sangat buat-buat salah post dalam group WhatsApp. Macam-macam dipostnya dengan tujuan nak menunjuk-nunjuk apa yang dia ada. Kadang-kadang bukan dia punya.
- Bikers CCTV
- Dalam group WhatsApp silent sahaja, Salam pun tidak jawab. Tapi bila morot rosak, tahu pula bersuara dalam group
- Bikers Kaki Enjoi
- Pantang cuti terus naik Thailand. sampai sana enjoy kaw kaw. Layan tom yam sambil layan thai girl show. “KapKunKap saya suka porn”.
- Pantang cuti terus naik Thailand. sampai sana enjoy kaw kaw. Layan tom yam sambil layan thai girl show. “KapKunKap saya suka porn”.
Sekadar coretan fenomena bikers-bikers di Malaysia..
Biarlah kita dikategori yang mana pun, yang penting kita jangan menipu dan menyusahkan orang lain. jagalah keselamatan dijalan raya, ingatlah orang yang tersayang. Kita Rider Tiada Beza. Peace.
Tag: Kategori Bikers Rider