Anna Kata Budu Sedap Macam Ikan Bilis Tapi Masin Sikit
Majlis resepsi Muhamad Khalid Ismail, 30, bersama pasangannya iaitu seorang wanita dari Korea Selatan, Lee Seul, 29, di bangunan Perpustakaan Al-Fateh di Machang, budu turut dihidangkan bagi melengkapi juadah nasi berlaukkan daging singgang, ayam goreng dan beberapa jenis ulam.
Majlis yang bertemakan tradisional di negeri Kelantan ini sudah pasti juadahnya turut dihidangkan menu tradisi termasuk budu.
Isteri kepada Khalid Ismail, Anna memberitahu budu agak sedap kerana terasa seperti ikan (bilis), walaupun sedikit masin. Muhamad Khalid berkata, isterinya sudah makan budu beberapa bulan lalu, malah mempunyai stok budu di rumahnya di bandar Gunpo, Gyeonggi, Korea Selatan.
“Anne sedikit demi sedikit belajar untuk menyesuaikan diri dengan budaya Melayu khususnya Kelantan. Selain itu, Anna mula mahir makan menggunakan tangan dan proses itu dipelajari dalam tempoh seminggu iaitu ketika pulang pada Jumaat minggu lalu sempena majlis resepsi,” katanya.
Dalam majlis resepsi, pasangan mempelai ini mengenakan busana songket berwarna hijau disewa dari sebuah butik di Pengkalan Chepa dan Anna turut memakai tudung menyerlahkan lagi keanggunannya.